Daun Nilam, Mangun, Lemuju dan Ati-ati

Assalamualaikum dan salam sejahtera😉

Entri kali ini hanya untuk beri jawapan kepada salah satu soalan yang sering diberi kepada kami untuk pengecaman tanaman.

Harap gambar ini membantu sedikit sebanyak.

img_20131127_124857

Kesemuanya tergolong dalam ahli keluarga LAMIACEAE/ LABIATAE. Memiliki aroma tersendiri.

Malabar catmint juga memiliki daun hampir kelihatan serupa dengan nilam dari jauh. Bezanya ia memiliki bunga dan daunnya lebih nipis dengan aroma dan pertumbuhan yang berbeza.

image

Juga sinonim dikenali sebagai epimeredi indicus

  • Nilam /PatchouliPogostemon cablin
  • Lemuju/ Indian boragePlectranthus amboinicus atau sinonim dgn P. aromaticus
  • Ati-ati hijauPlectranthus spp.
  • Mangun – Plectranthus spp.
  • Lemon Balm – Melissa officinalis
  • Malabar CatmintAnisomeles indica

Bunga Kegemaran Kelulut

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera😉

Lama tak sempat update. Kali ini kami nak cerita tentang bunga-bunga yang menjadi pilihan kelulut di area rumah kami.

Salah satu kegemaran mereka yang dikunjungi tidak kira pagi atau tengah hari dan petang.. Bidens pilosa (rujuk gambar).

Tanaman dari keluarga Ocimum seperti Selasih, Kemangi Hitam / Holy Basil, Kemangi Putih dan Kemangi Hijau juga menjadi pilihan mereka di nurseri..

selasih

Bunga ros pengantin yang bergugusan tidak menarik perhatian mereka. Tetapi ros jenis seperti dalam gambar dibawah menjadi pilihan sang kelulut. Mungkin kerana bau seperti sirap dan kelopaknya juga manis. Ros Cecile Brunner hanya berbau harum. Kelopaknya pahit.

ros-chinese-baby

Jenis ros yang menjadi pilihan kelulut di rumah kami.

Rumpai seperti Sida spp..

sida-acuta

Bunga dari pohon buah-buahan seperti durian, mangga, rambutan, belimbing buluh, belimbing besi sudah semestinya. Bunga dari keluarga cosmos seperti ulam raja pink, ulam raja bunga kuning..bunga air mata pengantin pink… Lagi…??

Bunga dari Turnera spp. atau lebih dikenali sebagai pokok lidah kucing/ kembang pukul lapan.. Cuma bunga turnera kembang jam 8-10 pagi sahaja sekalipun ia berbunga sepanjang tahun dan mudah dijaga.

Banyak lagi jenis bunga yang boleh menjadi santapan kelulut.

Posted from WordPress for Android

Caterpillar on Moringa Tree

Ahaha.. Hi!🙂 asyik cerita pokok sahaja.. Kali ini kami mahu berkongsi gambar makhluk yang kami jumpa sepanjang menguruskan tanaman. Tak semuanya sempat kami update.. huhu.. tapi yang ini kami teruja untuk kongsi sebab jarang jumpa dan patternnya seperti ular sawa. Hihi. Kebelakangan ini pun di tempat kami beberapa ekor ayam dan itik menjadi korban ular sawa yang masih belum dapat ditangkap.. 😷😷

We found this mr caterpillar on our moringa plant.

image

image

image

We didnt kill this poor guy. Just take him far away from our nursery.. to bigger plant which not for sale. Hope he survive because one of our friend said that was spesific species… Aamiin.

For original picture, do contact us directly by leave a comment or contact form on email page. See you then🙂

Posted from WordPress for Android

Bunga : Halia Makan

Alhamdulillah. Kali ini berkesempatan untuk rekod perkembangan bunga halia. Ia kembang di waktu petang. Tak pasti tempat lain macam mana pula.

image

Bunga halia.

Nice ginger’s flower.😀 Bau dia pun sangat kuat seperti bau rizom halia. Nanti nak cuba makan.. hihihi. Boleh tak? Macam sedap je 😄😄

Posted from WordPress for Android

Biji Benih : Urang Aring

Herba jenis menutup bumi ini juga dikenali sebagai Kermak Jantan, False Daisy, Swamp Daisy, Bhringraj (perubatan Ayurveda, India), atau Han Lian Cao dikalangan masyarakat Cina.

urang aringKami tidak selalu menyimpan stock anak pokok urang aring di dalam polibag dan menyediakannya berdasarkan permintaan sahaja. Bagaimana nak dapatkan benih Urang aring (Eclipta prostrata) ini? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit sebelum menuai hasilnya sendiri. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen.:)

Pre order untuk kami semaikan pun boleh.. mengambil masa 2-4 minggu selepas deposit tempahan dibuat.😉

Urang aring hidup dengan baik dikawasan yang tidak bersaliran baik. Menerima air yang mencukupi. Sedikit teduhan untuk daun yang lebih gelap dan besar.

Tanaman ini dikeringkan bagi kegunaan perubatan. Berfungsi sebagai tonik hati dan membantu menghitamkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Cara semai urang aring?

Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.