Itik Berusia Sebulan.

Assalamualaikum dan salam ceria semua. Entri kali ini mengandungi koleksi gambar itik yang berusia sebulan. Masa ni keadaan bulunya tidak begitu cantik. Bulu kuning mulai gugur digantikan dengan bulu putih. Β 
Hai! Sayalah itik yang paling suka bergambar. =D

Rutin setiap pagi untuk sebulan ini selepas jogging -> menyakat itik-itik ini… Sangat kelakar melihat ia lari naik bukit. Penghibur hati setelah penat bekerja. Nakalnya boleh tahan. Kalau banyak, tak tahu la macam mana.

Dimanjakan macam kucing sebab lima ekor itik sahaja.Β 

Pengalaman mengajar mereka yang mahu belajar. KetikaΒ ini, kami ingatkan itik-itik kami sakit. Menggaru-garu. Mencabut bulu sendiri. Rupanya ia memang proses biasa. Take note oke! πŸ™‚

Proses menggugurkan bulu kuning.


Itik makan apa sahaja yang dihidangkan. Pantang letak, bersih. Selalunya kami beri kerak nasi yang direndam air. Roti, biskut, sayur-sayuran pun boleh. Asalkan ada air. Kalau kami keluar bawa makanan, jadi macam gambar dibawah. Kena kongsi atau mereka akan sudu dengan paruh yang keras. Pendek kata, jangan makan depan mereka. Hehe..

Ayam dan kucing seakan tidak berpuas hati dengan kehadiran itik-itik ini. Tapi bagus juga. Masa ni lah ayam-ayam pun jadi tak memilih. Kalau tak, mereka pun mengada-ada. Haha.. Haiwan pun ada macam-macam perangai juga.

Oke. Tamat kisah kali ini. Jumpa lagi di entri seterusnya. Wassalam.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s