Eksperimen: Nilam dan Minyak Sawit.

Assalamualaikum dan salam ceria semua 🙂 Apa khabar?

Entri hari ini mengenai aktiviti percubaan atau eksperimen kami dengan daun nilam kering kerana terpengaruh dengan buku herba yang dibeli di kedai. Kebenaran harus ada bukti kan? Nak tahu apa jadi? Hehehe.. (^__^)y

Minyak asas (oil base) dan herba yang digunakan merupakan elemen penting sebelum menghasilkan minyak herba (herb oil) untuk kegunaan kulit. Berdasarkan buku yang kami gunakan, minyak (oil) dikategorikan kepada dua iaitu minyak tepu dan minyak tak tepu. Apa beza minyak tepu dan minyak tak tepu? Apa kaitannya dengan eksperimen ni? huhu.. Mungkin ramai sudah tahu dan lebih arif mengenainya. Kami kongsi apa yang buku ni kata oke. Buku pandai berkata? haha.. Kami kongsi apa yang kami baca dari buku inggeris karya Dian Dincin Buchman’s ini. Kami budak baru belajar, kalau salah, harap ada yang betulkan. 🙂
Minyak tepu (saturated oil) :  Boleh dipilih sebagai minyak asas untuk menghasilkan minyak urut yang tidak menyerap ke dalam kulit. Fungsi minyak herba lebih kepada losyen atau minyak rambut.  Contoh minyak yang dikategorikan dalam minyak ini ; kelapa, zaitun, kacang, sawit. 
Minyak tak tepu (unsaturated oil) : Menjadi pilihan sekiranya ingin menghasilkan minyak herba beraroma yang boleh menyerap ke dalam lapisan kulit bagi kegunaan perubatan seperti minyak urut. Contoh minyak dibawah kategori ini ; jagung, bijan, bunga matahari, gandum dan walnut. 
Oke.. Nota sampai situ sahaja. Kami pun buatlah mengikut prosedur yang dinyatakan. Sebenarnya nilam tidak tersenarai di dalam buku yang kami gunakan. Kami cuba juga kerana nilam merupakan salah satu tumbuhan aromatik yang popular dalam industri wangian antarabangsa. 
Home-made Patchouli Oil. 😛
Cara-caranya:
Letak bahan yang sudah dikeringkan. Masukkan minyak. Nanti ada gelembung-gelembung udara keluar. Pastikan ada sedikit ruang. Tutup botol dan jemur di tengah panas untuk 5 hari – 13 hari. Bergantung pada cuaca. Kalau panas terik, lagi cepat katanya. Sebelum buat semua tu, pastikan botol dan peralatan sudah dibasmi kuman. Macam mana? Rebus dengan air panas dan keringkan dengan pengering rambut (teknik masa kursus herba). Pastikan setiap hari digoncang sebelum jemur. Tapis minyak pada hari terakhir.

Hasil eksperimen ini tidak begitu memuaskan hati kami walaupun bau nilam ada sebab:

  1. Kami terlupa letak bahan pengikat bau atau fixative ingridient seperti kulit kayu manis.
  2. Bau minyak masak yang kurang sedap.. (alasan semata-mata)
  3. Buka terlalu awal.. (alasan sebenar… hehe.. masing-masing over excited)

Ada berani? Cuba sapu pada kulit sendiri dan tengok apa jadi. Kami? Tak buat pun.. hee~ Sisa minyak yang tertumpah sangat digemari semut. Hasil minyak yang tidak berapa menjadi pada pandangan kami ini disimpan untuk perbandingan ekperimen kedua dengan menggunakan minyak jagung pula.

Sekian. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi andai ada umur di lain perkara. Insya-Allah. Wassalam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s