Kegunaan Kapsul Herba Yang Sudah Tamat Tempoh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga semua dalam keadaan ceria selalu.. 🙂

Kali ini kami mahu cerita tentang kegunaan kapsul herba yang sudah tamat tempoh. Apa sahaja produk berasaskan herba di pasaran pun boleh juga asalkan tidak mempunyai campuran bahan kimia yang tinggi. Kalau mahu buang begitu sahaja kan sayang. Betul tak? Tapi nak dimakan atau digunakan sudah rosak. Mungkin juga tidak sesuai atau tidak serasi. Jadi, apa boleh buat ya dengan produk tersebut? 🙂

Idea ini telah diberikan oleh seorang pengusaha produk herba dari Indonesia semasa kami menghadiri kursus herba. Mudah sahaja. Kitar semula dengan meletakkan daun kering/ isi kapsul tersebut ke pangkal pokok. Jimat kos baja. Hehe..

Idea yang sama dengan cara menyuburkan tanaman orkid iaitu dengan meletakkan serbuk teh yang telah digunakan. Selain serbuk teh, ada juga yang menggunakan air basuhan beras, udang, ikan dan lain-lain. Itu semua petua orang lama-lama sebelum kehadiran pelbagai produk baja dan penyubur tumbuhan di pasaran. Kalau ada pendapat dan kegunaan lain, boleh kongsikan di ruang komen atau emelkan kepada kami. Terima kasih sudi membaca. Mohon maaf ya di atas sebarang kekurangan. Semoga berjumpa lagi. Da~ 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s