Bila Patawali Berbunga :)

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Hari ini kami berkesempatan untuk kongsikan perkembangan pokok patawali di nurseri kami 🙂 Alhamdulillah. Pertama kali melihat bunga pokok patawali (Tinospora crispa). Mulanya macam tak percaya. Ingatkan pucuk baru mahu keluar walaupun kelihatan agak pelik. 
Kami menyedarinya semasa menyiram pokok pada 24 Jun 2011. Mungkin tak pelik bagi orang yang sudah biasa. Tiada sebarang bau dikeluarkan. Kalau ia menghasilkan buah, nanti kami akan ceritakan di sini juga. Insya-Allah. 

Sedikit info mengenai patawali:-
  • Merupakan tumbuhan dari keluarga MENISPERMACEAE yang turut dikenali dengan nama Brotowali, Batang Wali, Akar Seruntun, Putarwali, Andawali, Guduchi atau Heartleaf Moonseed.
  • Batang patawali digunakan untuk merawat masalah kecacingan manakala daunnya digunakan untuk mengubati penyakit siflis.
  • Air seduhan keseluruhan batang dan daunnya digunakan untuk merawat cholera, kencing manis, sakit perut, darah tinggi, jaundis dan penyakit kelamin seperti gonorhea.
  • Patawali juga digunakan secara luaran untuk merawat kudis buta dan luka.
  • Pengamalan air rebusan patawali secara berterusan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria.
  • Biasanya batang patawali dituai pada musim panas dan dikeringkan sebelum digunakan. 
Untuk maklumat lain atau pembelian anak pokok, klik di sini  Semoga bermanfaat buat semua. Jumpa lagi. Wassalam          

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s