Moshi Si Musang Pandan.

tabby cat

Musang

Hujung tahun 2011… Pernah bela anak musang ini untuk  3  bulan. Apa khabar ia agaknya sekarang. 🙂

Macam mana dapat? Secara kebetulan ia masuk rumah pada suatu malam. Masa itu rumah kami diarahkan bergelap kerana ada sekumpulan orang ingin ambil madu di dalam kebun getah berhampiran. Katanya, lebah akan lari ke sumber cahaya. Lebah madu kelulut.

Hari itu, belajar banyak perkara selain bermulanya pengalaman memelihara anak musang. Kami dapat lihat cara mereka membuat tangga pada batang pokok getah untuk pengambilan madu di waktu malam serta menyaksikan sendiri bagaimana sarang lebah dibakar untuk mengusir lebah-lebah yang tinggal. Sedikit sarang ditinggalkan di kawasan sekitar supaya lebah tetap datang bersarang di kawasan berhampiran.

Sambung tentang anak musang… kami telah lepaskan ia ke habitat asal bila ia dah mampu berdikari. Jenuh juga pada awalnya. Tapi memang suatu pengalaman yang seronok. Rindu kami pada kenakalannya itu… Hee..

Selepas dilepaskan, ada jumpa ia berlegar di sekitar. Masa tu, hp kami biasa-biasa sahaja. Tiada rakaman video yang boleh dikongsikan.

Moshi merupakan seekor musang pandan. Juga dikenali sebagai musang luwak. Sangat bernilai dan dipelihara untuk penghasilan kopi luwak. Spesiesnya memang cerewet tentang makanan. Hanya yang sedap sahaja yang menarik perhatiannya. Di Malaysia, perlu lesen untuk memeliharanya. Tersenarai sebagai spesies yang terancam. Hurm.. Maklumat lain boleh buat carian dengan kata kunci: Asian Palm Civet, Common Palm Civet, Toddy Cat. Boleh juga gunakan nama saintifiknya Paradoxurus hermaphroditus. Ia dari keluarga Viverridae. Memang sangat comel. Bunyinya yang manja.

Di tengah badannya ada kantung yang mengeluarkan bau pandan.

badan musang pandan

bahagian badan dan jari musang pandan

Advertisements

3 thoughts on “Moshi Si Musang Pandan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s