Nangka vs Cempedak? :)

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua. Apa khabar? Alhamdulillah masih boleh menaip disini.. 🙂 Bagi umat Islam di Malaysia, selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan.

Buah Nangka

Macam tajuk entri kali ini, kami terfikir untuk kongsikan tentang nangka dan cempedak. Bukan mahu cerita cara tanam ke apa. Sekadar cara untuk kenal pasti mana satu nangka, mana satu cempedak. Hehe.. Sebabnya? Kami sendiri adik-beradik pun selalu keliru. Jenuh mak dan ayah terangkan. Tetap salah. Nampak macam sama. Tapi tak serupa. Pelupa sungguh. Mungkin kena cari dan kaji sendiri. Baru ingatkan? Ada tak yang alami macam ni juga? Kalau tiada, memang baguslah. Kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan 🙂

Cempedak (Artocarpus integer/ A. chempeden) dan nangka (Artocarpus heterophyllus) tergolong dalam keluarga yang sama dengan sukun dan mulberi iaitu MORACEAE. Beza antara cempedak dan nangka boleh diperhatikan dari segi saiz buah, struktur isi dalam, dan tangkai daun. Biasanya buah cempedak membesar memanjang dan lebih kecil dari buah nangka yang dikatakan membesar secara membulat. Daun cempedak kelihatan sama dengan daun nangka pada pandangan mata kasar, namun daun cempedak memiliki bulu bulu halus dipermukaan daunnya. Batang pokok  Nangka memiliki tekstur halus, berwarna abu kecoklatan, dan seringkali diselaputi kulat hingga menimbulkan warna putih hingga kehijauan.

buah cempedak

Daun nangka (sumber gambar: Google Image)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s