Biji Benih dari Koanga dan Commonsense

^__^y

Alhamdulillah. Bulan Ramadhan tahun ini, Nurul dapat beberapa biji benih dari seorang pengumpul koleksi tumbuhan. Sangat teruja. Dalam masa yang sama, risau juga sebab kali ini, beberapa tumbuhan baru untuk dikenali dalam masa terdekat. Mencabar diri dengan perkara baru… Hasil keputusan nanti, baru upload cerita…

Hari ini, baru cuba semai. Ada alfalfa dan sejenis rumput dari Commonsense serta tanaman hiasan bermanfaat dari Koanga. Salah satu darinya Nurul pernah ada dulu. Cosmos ‘Sunset’ tapi benih dia da pupus. Tiba-tiba dapat yang baru.. Tak pernah jangka ni semua.. Huhu. Dan juga Zinnia Persian Carpet. Yang ni Nurul memang suka sangat belek masa buat praktikal. Maha Suci Tuhan yang Maha Agung.. Sungguh Nurul jadi speechless.. wordless.. Sebak… (Sensitip btul la ini budak…) Selain tu, ada tambah spesies bunga yang Nurul dah ada… Warna dan pattern berbeza. Doakan sesama ea.. Amin 🙂

Disebabkan cuaca agak kering masa ni, Nurul pun tak pasti sesuai ke tak… Guna sedikit dahulu. Itupun dibahagi-bahagi lagi cuba dengan beberapa jenis tanah berbeza. Mencari keserasian. Nak tanya tak tau pada siapa.. Harus jimat.. Sayang o.. Orang bagi.. Nak dapat susah. Nurul bukan anak orang kaye..huhu.. family sederhana saja.. da diberi peluang dan kepercayaan ni pun sangat-sangat dihargai.. Termasuk Pak Tua dan jemaah yang bantu dan beri tunjuk ajar pada keluarga Nurul dalam banyak perkara. 🙂

Terima kasih Nurul ucapkan pada keluarga yang dimaksudkan dan juga semua  yang beri sokongan pada Nurul sekeluarga secara langsung atau secara diam-diam. Maafkan Nurul atas sebarang kekurangan Nurul. Hanya Tuhan mampu balas semua ini. Nurul cuba sebaik mungkin dengan izin-Nya.

p/s: Kalau menjadi, nanti boleh hadiahkan anak pokok pada orang yang hadiahkan Nurul benih… Nurul tahu, kepercayaan yang diberi tak terbalas dengan apa pun.. Bunga yang mekar indah nanti sebagai lambang betapa hepinya hati Nurul..  Setulus hati.. Mesti boleh.. Cayo! Cayo! Gambate!

Motivate myself dengan pesanan pak tua : Don’t believe.. But trust! 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s