Resepi Kuah Spaghetti dari Auntie Shima

Terima kasih pada kak Syaza yang sudi menghantar resepi ini melalui emel. Awal bulan Julai yang baru berlalu dalam tahun ini, kami ada buat jamuan makan kecil bersama ahli keluarga kak Syaza. Ibunya menyediakan hidangan spaghetti. So yummy! Nurul memang suka spaghetti. Pertama kali dulu makan di rumah Mak Ndak di Enstek. Sejak tu jatuh cinta. Tapi masa hari buat jamuan tu, Mak Ndak pun belajar sama dengan mummy kak Syaza sebab rasa kuah yang dihidangkan tu memang ‘ohsem’… hehe.. walau tak semua bahan ada masa tu.

Bak kata mak ndak… “Tak perlu prego lagi. Boleh buat sendiri.”

Tapi kalau nak cepat, sos prego memang terbaik 🙂 Oke2.. Sambung ke resepi terus..

*Sumber adalah dari rancangan masakan Martha Stewart dan diolah kembali mengikut cita rasa sendiri.

Bahan-bahan:-
1 bungkus spagetti – rebus dan toskan
1/4 cawan minyak zaitun / minyak biasa
2 sudu makan mentega – sebagai pilihan, jika tiada tidak apa
2 buku bawang besar bersaiz besar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
– (bawang besar, bawang putih dan halia dikisar bersama dgn sedikit air)
2 sudu makan penuh cili boh – pedas ikut suka
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/4 sudu teh serbuk buah pala
1 bungkus daging kisar Ramli
1 biji cili capsicum hijau – dipotong dadu
1 tin tomato puri
4 biji tomato – potong dadu / kisar
1 helai daun bay
1/2 sudu kecil oregano &/ thyme &/ rosemary &/ tarragon – kering / segar
1/2 tin susu cair / 1 kotak kecil susu segar
~ garam – rasa ikut suka
~ gula – rasa ikut suka
2 sudu makan krim cheese – sebagai pilihan, jika tiada tidak apa
1 tin cendawan butang – potong ikut suka
~ daun selasih segar – kuantiti ikut suka
~ serbuk cheese parmesan – sebagai taburan diatas spagetti

Cara memasak:-
1. Tumis bawang besar, bawag putih dan halia bersama minyak dan mentega sehingga layu dan agak kekuningan.
2. Masukkan cili boh, serbuk lada hitam, serbuk buah pala, daging kisar, cili capsicum dan kacau sebati sampai naik bau.
3. Masukkan tomato puri, tomato kisar, daun bay, oregano (atau bersama herba lain – ikut suka) dan kacau sampai mendidih.
4. Masukkan susu, krim cheese dan kacau lagi.
5. Perisakan dengan garam dan gula ikut rasa dan akhir sekali tambahkan daun selasih dan cendawan.
6. Taburkan serbuk cheese parmesan diatas hidangan dan selamat menjamu selera

Advertisements

One thought on “Resepi Kuah Spaghetti dari Auntie Shima

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s