Pucuk Manis dari Biji Benih.

Lihat rupa awalnya =)

Kiri: Biji benih yang baru bercambah.
Kanan: Daun awal.

 

 

 

 

 

 

 

————————————-

Pertengahan Ogos, abah cari pucuk daun manis di pasaraya untuk buat masak lemak putih. Tapi bila beli, rupanya tidak memuaskan hati. Mahu petik yang ada di rumah, hanya ada sebatang pokok, masih kecil lagi.. tidak cukup. Baru beberapa pelepah daun. 😦

Yang Nurul semai sebelum ini (seperti pic di atas), ada 6 polibag. Nurul pun tak ingat bagaimana Nurul semai. Kebetulan masa ayah lihat dalam nurseri ada 6 polibag yang Nurul semai sebelum ini… Ayah segera tanam… Sayangnya ia sudah mati kering kerana faktor cuaca pada bulan puasa. Hanya ada sebatang yang masih bertahan pada hari entri ini di sambung (oh ya… hari ini 08 Sept. 2012)..

Pada hari yang sama ayah pindah anak pokok dari polibag ke tanah, Nurul kutip buah pucuk manis yang sudah matang untuk disemai. Kebetulan ada.. Guna keratan pun boleh sebenarnya. Tapi pokok sebatang, kecil pula,.. Tidak sesuai untuk kerat.. Boleh dapat berapa pokok sahaja.. Itupun, kalau menjadi.. Tambahan lagi pada masa itu, cuaca tidak sesuai..

Kali ini, ingat betul-betul.. Sebiji buah, ada 6Β biji benih di dalamnya. Pecahkan buah… Semai bijinya yang hitam itu… Biarkan dengan tanah yang tidak bertakung air. Asal lembab.. Akhirnya.. Sekarang sudah ada banyak untuk abah pindahkan lagi… Harus tunggu musim hujan.. Jangan tanam masa musim kemarau.. Alhamdulillah…

Semaian biji pucuk manis.


——-
Peringkat dari bunga ke buah pucuk manis (Sauropus androgynous)..
image

Stage flower to fruit development

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s