Aktiviti dan Perkembangan Sekitar 9-13 Sept 2012

Minggu ini di sekitar :
– petai berdaun semula.
– kebanyakan mula mengeluarkan pucuk baru selepas musim panas yang kering… Cthnya limau purut, mata kucing, rambutan, jambu dll
– asam gelugur dpn rumah berpucuk baru dan sudah pandai berbunga lebih sikit.
– bunga bawang serai sudah habis.
– kekwa, mayang sari, ytt dan bunga merah dpn rumah pula mula tertawa (bunga).
– putik buah durian sedang membesar.
– bidara dpn bilik dipangkas. Memberi ruang matahari kepada bunga ytt untuk kembali ceria bersama dengan bunga raya. Belimbing buluh dan belimbing besi juga makin lebat berbuah. Alhamdulillah.
– buah hempedu bumi matang dan mula meletup. Begitu juga som jawa, pucuk manis dan ulam raja.
– yang lain kekal berbunga dan berdaun macam biasa tanpa mengira musim dan cuaca.

Cuaca:
Sekarang hujan hampir tiap petang atau malam.Β 

Rumput pun mula segar semula dan cepat panjang. Oh ya.. Terlupa.. Masa ni juga ambil kesempatan untuk tanam anak pokok. Anak pokok dari biji benih yang kak nadia beri sudah ditanam. Terung susu kambing juga dengan bunga laki pukul bini, halia, ros kg pink, senduduk ratu ungu, damiana. Naughty marigold dan cosmos sunset juga.. Tak sabar tunggu zinnia berbunga. Mahu beri pada tuannya bersama kacang kelor.

P/s: semoga benih yang disemai hari ini menjadi.. Arwah nek yang kata.. Tanam pokok hari khamis, buahnya nanti manis.. Hee..K bye! Wassalam

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s