29 Sept 12

Hari ini pagi2 ada tetamu. Petangnya meluangkan masa dengan keluarga.

Hari ini juga, pertama kali dapat tuai keladi untuk makan sendiri. Tidaklah banyak. Cuma gembira sebab keladi sempat membesar tanpa serangan ‘kerbau pendek’. Huhuhu. Alhamdulillah.

image

Penunggu kepungan tembok batu:)

Sebelum ini semua keladi mahupun tumbuhan berisi dalam tanah yang lain seperti ubi, keledek tidak selamat untuk ditanam. Pasti disungkur. Sekali dahulu sempat jugalah merasa ubi pulut yang ditanam sendiri. Esoknya lepas tuai, babi hutan (wild boar) mengamuk. Segala tanaman yang ada di sekeliling dikerjakan. Mungkin ia dapat bau. Hari2 seterusnya, walau guna tayar, tanam di lereng2..semuanya habis. Tanam di sekitar pun tidak boleh. Hari2 ia datang meronda dan mengerjakan tanaman lain untuk mencari makanannya. Memang pantang betul. Cucuk keratan ubi pun cukup. Tak sempat berpucuk.. Lunyai..

image

Kali ini tanam jauh sikit. Dengan kehadiran anjing2 jiran kebun sebelah. Dikepung tembok batu, tinggi paras pinggang 🙂 Lokasi sudut2 yang tidak menjadi laluannya. Tambahan pula ia tidak boleh mengundur dan berpusing macam kucing… Tidak pasti sampai bila ia akan jadi lokasi selamat dan tidak menyebabkan ia memusnahkan tanaman lain. Buat masa ini, lokasi itu juga selamat dari serangan ternakan orang kampung terutamanya kerbau. Alhamdulillah.Nurul cuba tanam keledek juga di situ. Tidak boleh batas. Dalam bekas pun… Rasanya jadi juga kan? Insya-Allah.

image

Keledek dalam polisterin

Nota lain:
– koleksi biji benih marigold naughty marietta pertama sudah dituai. 🙂
– semaian biji benih kcg pjg nek uda sudah bercambah.. Kali ini mahu tanam elok2. Hari tu tanam lokasi tak strategik.. Nampak semak. Pohon asal dari biji benih nek uda sudah dibersihkan. Tinggal 1 sahaja sebab ia sedang berbuah lagi.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s