Menanam Keledek di dalam Bekas

Perbualan diantara ibu dan anaknya pada suatu hari…

Lokasi : Pasar di sebuah pekan…

Ibu : Singgah sini kejap. Mama nak beli ubi kayu.

Anak : (Ternampak keledek…) Mama tak beli keledek? Ubi dia ni boleh tanam ke?

Ibu : Tak.. Entahlah. Kamu nak cuba tanam ambil la.

Anak : (Bayangan ubi kayu dan keladi yang pernah ditanam habis disungkur sekumpulan ‘kerbau pendek’ yang datang ) O.. Em.. Takpelah.. Kawasan rumah kita tak sesuai. Kot? (Dalam hati, harap beli la.. =P)

Ibu : Cuba jela… (sambil ambil 2 ubi keledek untuk terus dikira tuan kedai)

Anak : (Monolog dalaman sahaja.. terima kasih mama.. Mula fikir sepanjang perjalanan.. nak tanam celah mana da… Gatal betul mulut ni pi tanya..)

Sampai di rumah… Beberapa hari jugalah ubi keledek tersadai di para dapur. Β Masih dalam plastik.. Dalam tempoh tu, besarkan susunan batu bata di suatu sudut dengan bantuan adik2…

Akhirnya…

Tanam dalam kepungan batu bata.. Tapi dalam bekas. Cara tanam? Main agak-agak je.. Timbus semua ubi dengan tanah.. Bagi nampak sikit2.. Kalau dia reput dalam tu… Apa boleh buat.. Kiter cuba je..

Pucuk Keledek

Hari-hari round.. check ubinya oke lagi tak.. risau nape tak keluar2 Β daun pun.. Mula cam give up.. Biar je la..

Minggu ketiga kalau tak silap.. datang-datang lihat sudah berpucuk.. Senyum sampai telinga.. Segera panggil mama lihat kawasan ubi keledek ditanam.. “Ma, ma,.. Jadilah.. Guna ubi die.. (Terasa kebudak2an pula di situ.. Abaikan) “.

Mak kata, “Orang tanam keledek kena ada batas… Tapi cuba lah.. Mana tahu.. (senyum)”

O.. Kena bataskah? Em… Takpelah.. Dalam bekas pun harap jadi.. Try n error.. Sekarang da besar melilit-lilit. Daunnya bentuk ‘love’ πŸ™‚

Sebahagian pucuk yang berakar, di pindah dalam polibag. Kalau ada jadi ubi nanti, ada lah.. Tak ada pun, kita kan mencuba je.. Kata belajar dari pengalaman.. Nak tanya orang2 lama.. tak semua terlibat dan minat dalam pertanian. Yang tinggal, generasi baru.. Ohoho.. Cerita topik begini, tetiba rindu arwah nek yang dan arwah tuk Haji lagi.. Al-Fatihah untuk mereka yang telah meninggalkan kita di alam ini.

Okelah.. Bila teringat dan ada kelapangan, gambar terbaru akan di upload. Β Insya-Allah. Tidak mahu berjanji.. Agak-agak bila boleh tuai ea.. Tak tahu dia ambil masa berapa lama… Β =D

Sungguh tidak sabar ini budak.. πŸ˜›

Pesanan buat diri :

1.Β Tanaman atau ternakan yang dimakan atau apa sahaja nikmat yang diperoleh hari ini.. Tak Β ditanam atau diternak semalam atau baru tadi.. Ambil masa tahu.. Penat lelah mereka.. Kesabaran.. Kesungguhan.. Β Em.. Terima kasih mereka2 yang dimaksudkan. Β Alhamdulillah..

2. Kadang perkara yang sangat remeh bagi kita, boleh jadi suatu rasa yang sangat menggembirakan bagi seseorang.

Advertisements

One thought on “Menanam Keledek di dalam Bekas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s