Buah Ara Strawberi (Ficus auriculata)

Update 11/11/12

Mohon maaf atas kesilapan Nurul. Sebelum ini, tajuk entri ini adalah buah tin (Ficus carica). Selepas membuat pembacaan dan kajian yang mendalam untuk mengetahui nama pokok dan spesies pokok yang kami sangka common fig. Pokok ara yang kami jumpa ini merupakan Ficus auriculata. Lebih dikenali sebagai Elephant Ear Fig kerana daunnya yang lebar seperti telinga gajah atau Strawberry Fig kerana warna buahnya yang merah dan mempunyai rasa seakan strawberi. Ia juga dikenali sebagai Indian Fig, Roxburg FIg. Nama saintifik lain F. roxburgh

Ia juga boleh dimakan. Namun tidak sepopular buah tin atau common fig (F. carica). Ficus carica juga mempunyai banyak spesies dibawahnya. Berbeza dari segi daun, warna batang dan juga karakter buah. Ada Brown Turkey, Black Mission, Kadota, Alma, Italian Honey, Celestial, Charlesto dan macam2 nama lagi yang boleh didapati di pasaran.  Rujuk sini untuk maklumat penjagaan buah tin dan penjelasan sebahagian variasi buah tin yang boleh didapati.

Buah ara memerlukan agen pendebungaan khas bagi membolehkan ia menghasilkan buah dan biji benih. Jenis yang di dalam entri ini disenyawakan oleh Ceratosolen emarginatus (rujukan)   .

Maklumat dan gambar lain boleh lihat di :

Selepas kenali spesies… Satu persoalan bermain… Adakah ia boleh dimakan seperti buah tin?

Jawapannya… mestilah boleh. Pakcik yang bagi tu keluarga dia makan. Laman yang ditemui pun cakap rasa strawberi.. Maka, mestilah dia da rasa. Jumpa laman forum membincangkan spesies ini… Pelbagai pendapat.. Ada yang tak suka sebab kenyal. Kurang isi. Ada yang cakap tidak boleh makan sebab tupai, rakun dan haiwan lain di rumahnya tak makan buah pokok ni. Namun, ada yang membantah. Mungkin ada banyak makanan lain yang lebih menarik. Tu yang haiwan2 tu tak makan.. Hehe.. Tapi jika boleh makan, kenapa tak market macam buah tin ea?   Mungkin banyak faktor lain… Dari segi rasa.. Mudah hidup ke tak, saiz, ketahanan buah untuk perjalanan sebelum sampai ke pembeli, keuntungan, kos etc.. kan? kan?

Macam nota di miss wiki (http://en.wikipedia.org/wiki/Ficus)

 The fruit of most other species are also edible though they are usually of only local economic importance or eaten as bushfoods. However, they are extremely important food resources for wildlife. Figs are also of considerable cultural importance throughout the tropics, both as objects of worship and for their many practical uses.

Yang penting, pakcik tu dan keluarga dia makan.. xde keracunan.. k.. Kami pergi pun, takde buah yang da masak.. So.. say no komen.. 🙂

Apepun, ia sangat cantik sebagai tanaman lanskap di rumah pakcik tu.. dan rasanya bau harum bila masuk ke laman, mungkin sebab buah die la kot.. menurut pakcik tu lagi, semut sangat suka dan penuh di pokok ni bila musim buahnya masak ranum.. hohoho. Ok.. Setakat tu aja pembetulan dan penambahan yang nak dibuat.. 🙂

Ada pembetulan/ pendapat etc2, maklumkan di ruang komen.. Terima kasih..

—————————————-

09/11/12 – Semalam pergi ke suatu tempat. Mencari sesuatu. Terima kasih kepada tuannya kerana mengizinkan kami masuk dan merakam gambar pohon ini. 🙂

image

Benihnya boleh dapat dari mana ya di Malaysia? Tuannya kata kena tut (marcot) untuk dapatkan anak pokok. Tapi dia pun tidak mahir. Beberapa kali mencuba. Hanya ayah dan bondanya sahaja yang mahir. Mereka tidak pernah cuba semai dengan keratan dan biji benih. Nak ambil buah masak tiada pula.

Kami diizinkan untuk ambil keratan pohon. Ayah kata cuba la kot keratan menjadi tak. Huhu.

Pohon tin juga dikenali sebagai pokok ara dikalangan masyarakat setempat. Buahnya kaya dengan khasiat dan turut disebut di dalam surah at-Tiin di dalam Al-Quran untuk perumpamaan. Pohon ini sekeluarga dengan mulberi iaitu dari keluarga Moraceae. Spesies ficus yang lain boleh semai dengan biji benih dan keratan. Namun ada juga yang sukar melalui kaedah tersebut kerana buahnya hanya akan menghasilkan benih jika pendebungaan dijalankan oleh serangga tertentu. Kerana itu kaedah tut digunakan. Hurmm..

Kita cuba sajalah kan… Kot2 dia menjadi… Alhamdulillah.. Mungkin ambil masa.. Dan perlu teknik tertentu. Mari belajar dari pengalaman… Kesilapan kali pertama merupakan ilmu. Kesilapan kali kedua kerana perkara yang sama adalah kecuaian.. K.. semoga berjaya 🙂

Terima kasih untuk semua.

image

Posted from WordPress for Android

Advertisements

3 thoughts on “Buah Ara Strawberi (Ficus auriculata)

  1. Mohd azwa shah bin ahmad says:

    Sesiapa yg berminat boleh la hubungi jabatan taman botani p.pinang kerana ada menjual anak pokok jenis tin daun lebar @ telinga gajah…satu anak pokok RM 100.00

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s