Bahan Gulai Tempoyak Daun

Gulai tempoyak daun memang sangat sedap… masakan popular negeri sembilan. Senarai bahan ni dimaklumkan oleh salah seorang pelanggan kami.

Katanya… tumbuhan yang dihiris/ mayang halus:
– pucuk labu
– serai makan
– Daun dan isi kunyit
– daun kaduk
– buah belimbing buluh
– petai
– pucuk ubi kayu
– kesum
– mangun

Terima kasih cikgu πŸ™‚

Tambahnya lagi… Jangan guna daun kunyit banyak sangat. Akan menimbulkan kesan mual dan pening2. Bagi yang sakit2 sendi dan mempunyai masalah angin pun, kena hati2 juga..hoho…

Macam pesan seorang perawat : “Makan banyak memang sedap… bila menghidap… Pun sedap =)”

————–

Update : 23/12/12

Hari ni ada pekan ahad di tempat kami. Abah beli dua ikat daun2 yang digunakan untuk masakan gulai tempoyak daun. Seikat mengandungi daun2 tersebut :-
– pucuk labu (2 tangkai)
pucuk labu
– daun kunyit (sehelai, saiz sederhana)
daun kunyit
– pucuk ubi kayu (13 tangkai)
pucuk ubi
– daun mangun (7 helai/ 1 tangkai)
mangun
– pucuk cemperai (2 tangkai)
pucuk cemperai
– pucuk nenasi (2 tangkai)
pucuk nenasi
– kaduk (2 tangkai / 10 helai daun)
kaduk
– pucuk daun yang tidak kami kenali (2 tangkai, btgnya berduri)
PicsArt_1356280432116
– serai makan (2 batang)

Bahan lain : cili padi, kacang botor (13 biji), santan kelapa, sedikit isi kunyit, dan bahan utama….isi durian yang sudah dijadikan tempoyak.
kcg botor
Tiada petai dan belimbing buluh mcm resepi yang dikongsikan. Mungkin ada byk cara… πŸ™‚

Ummm.. Yummy~ yummy~ hehe.. Makan dengan ikan bakar
Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s