Pokok Tumpang

image

Duit-duit (jenis panjang)

image

Duit-duit (jenis bulat)

Baru-baru ni ahli keluarga kami mencantas sebatang pokok limau yang dipenuhi dengan pelbagai pokok tumpang. Mungkin kerana kedudukannya yang agak tersorok dengan kelembapan tinggi, menyediakan keadaan yang sangat sesuai untuk tumbuhan jenis tumpang membiak.

Awalnya kami sudah timbunkan di tempat pembakaran. Sekalipun tahu tumbuhan-tumbuhan jenis menumpang juga mempunyai khasiat dalam perubatan. Kerana tidak tahu cara meramu dan cara guna, maka… Begitulah yang mampu kami buat biasanya.. :/

Tiba-tiba dapat tahu ada yang memerlukannya. Mesti tumbuhan2 tu semua rasa syukur sangat hidup diorang selama ni ada guna akhirnya. Tak la tamat kisah jadi debu semata2.. 🙂

Sambil membersihkan pohon tumpang dan mengasingkannya mengikut jenis, kami semua turut belajar kenal pokok tumpang yang wujud. Banyak rupanya pada satu pohon. Ingatkan satu dua jenis sahaja.. Ada yang baru pertama kali kami lihat depan mata. Nama gelarannya pun tak tahu. Ada yang menumpangkan tumbuhan lain pula.. Tidak semua tumbuhan yang menumpang merosakkan rumah tumpangan mereka. Banyak perkara dalam hidup yang boleh dipelajari, diteladani dari tumbuhan jenis ini.

Apapun, dalam hidup, seboleh mungkin berdikari bagai pohon.. Rumput pun berguna juga menyejukkan muka bumi, menghalang hakisan tanah… Hehe.. Em.. Andai jadi orang yang terpaksa bergantung pada orang, elakkan jadi macam epifit yang merosakkan perumahnya. Jadi macam orkid dan anggerik yang menghadiahkan bunga, mengindahkan perumah.

Selain tu, pengajaran yang kami dapat dengan tugasan kali ni.. Andai tahu menghargai… Pasti tiada pokok atau apapun dimuka bumi ni yang rosak dan mati terbuang begitu sahaja.. Kan? Tiada yang dijadikan-Nya dengan sia-sia..hurmm… Tinggal kita tak tahu.. kadang bukan tak tahu, tapi tak terbuat semuanya.. Disitu la perlunya kerjasama.. Membuatkan kita saling berinteraksi antara satu sama lain.

Kehidupan.. Alam.. Saling kasihlah kita… Bersatu! =)

image

pokok tumpang yang tak dikenali

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s