Berat Setelah Dikeringkan…

image

Pegaga kampung

Baru-baru ini kami tuai pegaga kampung yang ditanam untuk makan sendiri. Sudah kelihatan macam rumpai di taman keluarga. Kelihatan semak mata memandang. Musim hujan begini.. Menggalakkan ia hidup dengan subur di tanah berpasir. Hampir 2kg beratnya selepas dibersihkan dari tanah dll. Ambil sedikit buat kerabu pegaga. Sebahagian dibeli orang dalam bentuk basah. Bakinya? Masih banyak lagi. Ada 1 kg lebih. Sudah begitu, apalagi… Keringkan ia untuk kegunaan masa depan atau mungkin ada orang memerlukan.. Siapa tahu kan? πŸ™‚

Alhamdulillah.. Cuaca pada hari selepas tuai pun baik untuk proses pengeringan. Hirisan dibuat bagi mempercepatkan proses pengeringan terutama bahagian akar. Setelah kering, timbang semula untuk rekod sendiri… Sebelum ni tak pernah kisah pun berat basah, berat kering.. Huhu..

Yang dalam pic tu, berat selepas pengeringan.. Dari setapis besar… Dapat seplastik kecil (saiz lebih kurang plastik air yang beli di pasar malam). Kalau mahu dapatkan patinya? Proses lagi…. Mungkin dapat hasil setitik dua? hurm.. Patut pun minyak pati tumbuhan yang original sangat mahal… apatah lagi kalau organik sepenuhnya.. dan tumbuhannya jenis rumput begini.

Kagum. Nampak remeh.. Tapi bukan sedikit kerja. Perlu kesabaran dan ketelitian. Sudah cuba sendiri baru tahu payahnya.

P/s : Sekeluarga suka tonton ‘unsung places’ di tv3 πŸ™‚

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s