Ini Urang Aring?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Semoga semua dalam keadaan hati yang tenang walau dalam apa jua suasana. Lamanya tak update jurnal kat alam maya.

Hari ni nak share sesuatu yang ditemui kat halaman rumah. 🙂

image

Ini rumput urang aringkah?

Nampak macam sama dengan nota yang dimaklumkan dari sebuah buku…

image

Nota dari buku herba tempatan

Sama tak? Kalau ya, hepinya kami 🙂

Urang aring (Eclipta prostrata) juga dikenali sebagai Kermak Jantan, False Daisy, Swamp Daisy atau dikalangan masyarakat cina dipanggil Han Lian Cao. Betulkah? Itu menurut buku yang kami ada.

Yang pastinya, selalu dengar nama urang aring sebagai bahan dalam syampu. Bunga rumput yang kami jumpa kat atas tu tiada bau apa-apa. Wangi tidak. Busuk pun tidak. Semalam ambil gambar. Hari ni kawasan tersebut sudah di mesin rata. Alamak. Haha..

Tak apalah. Benihnya ada kami kutip dan semai cara malas di dalam polibag untuk semaian sementara. Harap ia bercambah disitu. Amin.. 🙂

Kalau bukan urang aring pun, bunganya masih cantik sebagai tanaman hias. 🙂

Alhamdulillah. Harap bermanfaat entri kali ni. Wassalam

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s