Biji Benih Ulam Raja Pink

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. πŸ™‚

Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam rasa tenang walau dalam apa jua situasi. Kami sekeluarga juga ingin mengucapkan selamat menyambut Deepavali buat rakan-rakan yang beragama Hindu. πŸ™‚

Lama tak update jurnal. Mohon maaf dan terima kasih bagi yang selalu menjenguk perkembangan jurnal. Agak sibuk dengan pelbagai urusan.

Untuk entri kali ini, Nurul mahu kongsi dan jawab pertanyaan dari pelanggan. Ada beberapa orang yang bertanya.. Bagaimana nak dapatkan benih Ulam Raja atau nama inggerisnya King Salad (Cosmos caudatus)? Beli dari kami pun boleh.. RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Tapi stok bergantung pada keadaan. Perlu sms dahulu ya. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen.

Tapi kalau dirumah sudah ada pokok ulam raja.. Tinggalkan sepokok jangan dituai pucuknya. Nanti barulah boleh berbunga dan menuai biji benih kering di situ. Bunga ulam raja yang dibuat ulam biasanya berwarna pink. Daunnya seakan rasa mangga macam tu. Buat hiasan laman pun cantik. Sebab tu agaknya ada yang gelar ulam raja – pokok intan berayun.. Hihi

Rupa biji benih ulam raja? Macam dalam gambar..

image

Biji benih ulam raja

Senang sahajakan? πŸ™‚

Nak semai pun mudah. Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas biasa bercambah dalam tempoh 3 hari. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s