Kecubung Putih – Bunga dan Buah

Assalamualaikum dan salam sejahtera 🙂

Kali ini ingin kongsi tumbuhan yang bunganya menarik tetapi bersifat toksik. Bagi rumah yang mempunyai kanak-kanak, tidak digalakkan untuk menanamnya. Simptom keracunan yang juga boleh membawa kepada kematian akan berlaku jika termakan mana-mana bahagian dari tumbuhan ini atau terhidu asap pembakaran tumbuhan ini dalam dos berlebihan. Sebaiknya jika mencantas pokok kecubung, biarkan ia terurai sendiri tanpa membakarnya.

kecubung putih thorn apple datura white

Di tempat kami, kecubung ada dua jenis. Jenis putih dan hitam. Yang putih biasanya digunakan dalam perubatan tradisional untuk masalah angin pasang. Harus mendapat nasihat dari mereka yang biasa dengan tanaman ini bagi mengelakkan sebarang masalah.

Kecubung turut dikenali dengan nama Thorn Apple kerana buahnya yang kelihatan seperti berduri. Nama saintifiknya Datura alba. Tergolong dalam keluarga SOLANACEAE iaitu keluarga yang sama dengan cili (Capsicum spp.), terung (Solanum spp.) dan Mayang sari (Cestrum spp.).

Kebiasaannya tumbuhan keluarga kekacang (LEGUMINOSAE) serta tumbuhan dari keluarga lain akan menguncupkan daun ke bawah menjelang petang. Bagi kecubung, daunnya akan menguncup ke atas seperti berdoa di waktu malam. Sungguh unik ciptaan-Nya kan? Semua ada fitrah masing-masing. 🙂

Berdasarkan pemerhatian, kecubung hidup dengan baik di tempat yang mengandungi humus tinggi dengan bekalan air mencukupi serta tanah yang tidak menakung air. Daunnya akan lebih besar jika ia tidak menerima matahari secara terus. Berbunga dan berbuah tidak kira musim. Jika mahu pohon tahan lama, perlu elakkan buah matang di pokok.

ok.. Rasanya setakat ini sahaja nota yang sempat dikongsikan mengenai kecubung putih. Selebihnya, perhati pada gambar untuk bezakan ia dengan kecubung hitam. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s