Buah Air Potato Bukan Buah Manjakani ;)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ๐Ÿ™‚ Apa khabar? Semoga ceria selalu walau dimana berada dan dalam keadaan apa pun.

Alhamdulillah dapat berkongsi lagi untuk kali ini mengenai tanaman yang dihadiahkan dari rakan pelanggan. Terima kasih kak Yanna untuk benih tanaman dan juga pelbagai anak pokok.

Entri kali ini, kami nak kongsikan mengenai air potato.. Kentang di udara? Hehe . Pertama kali dengar namanya, kami juga membayangkan kentang bergantungan di udara. Mungkin begitulah ia mendapat namanya. Nama tempatan kami tak berapa pasti. Ada rakan pelanggan yang datang menyatakan ia buah manjakani. Tapi manjakani yang biasa digunakan dalam perubatan merujuk kepada pokok lain.

Manjakani = Oak Galls = Daun dari pokok oakย (Quercus infectoria) yang membentuk seperti buah setelah disengat.

Air potato (Dioscorea bulbifera) pula merupakan salah satu anak pokok herba yang bersifat invasive (menguasai) bila pertumbuhannya sesuai dengan persekitaran. Boleh membentuk hutan semak samun kalau dibiarkan. Daunnya berbentuk ‘love’. Ia melilit dan menjalar dengan buah yang bergantungan di udara. Buahnya akan gugur sendiri dan tumbuh menjadi induk yang baru.

air potato dioscorea

Ia tidak boleh dimakan begitu sahaja kerana bersifat toksik. Perlu cara pengendalian yang betul untuk digunakan. Kalau boleh, rujuk pada pakar herba yang biasa menggunakan tanaman ini. Setakat ini kami sendiri tidak menggunakan tanaman ini untuk rawatan dan sebagainya kerana kami juga tidak tahu cara menggunakannya. Ditanam sebagai koleksi ๐Ÿ™‚

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s