Tanaman untuk Bantuan Rawatan Sementara

Berikut merupakan sebahagian senarai tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dalam pasu dan boleh digunakan segera secara sendirian untuk rawatan kecemasan di rumah (home first-aid) :

· Hempedu Bumi –

o bhgn : daun

o fungsi : antivirus, meningkatkan ketahanan badan ketika demam, selsema, merawat fungsi hati dan pankreas (kerana itu ia dikatakan merawat kencing manis), menurunkan tekanan darah.

o sifat : tidak tahan lama, gembur tanah didalam pasu dan tabur biji benih yang matang. Boleh juga biarkan ia meletup dan tumbuh sendiri di kawasan sekitar.

· Sireh –

o bhgn : daun

o fungsi : menghentikan pendarahan, antiseptic, masalah keputihan

o sifat : menjalar, rimbun

· Cekur –

o bhgn : daun, rizom

o fungsi : ulam awet muda, masakan dan juga membuang angin/ masalah penghadaman.

o sifat : menjalar, rimbun

· Serai Wangi –

o bhgn : daun

o fungsi : menghilangkan bau badan, daun kering mengelakkan lipas etc dan wangian.

o sifat : seperti serai makan namun tidak menarik perhatian ular, daun lebih panjang.

· Pecah Kaca –

o bhgn : daun

o fungsi : masalah batu karang

o sifat : rimbun jika selalu dipangkas, tahan lasak dan cepat membesar.

· Ati-ati Merah (origin Kampung) –

o bhgn : daun

o fungsi : demam dan bisul.

o sifat : rimbun, sesuai untuk hiasan juga

· Daun dewa (G. segetum)

o bhgn : daun

o fungsi : merawat ketuat dan dimakan dalam kadar segera apabila mengalami simptom sakit dada (bagi pesakit jantung), menurunkan tekanan darah. Jika sakit berterusan, harus dapatkan rawatan selanjutnya di hospital

o sifat : mempunyai ubi, daun terbentang ke tanah seperti tapak sulaiman

· Tembaga suasa –

o bhgn : daun

o fungsi : merawat seliuh/ patah tulang dengan membalut bahagian bermasalah untuk semalaman bersama dengan daun tembaga suasa yang telah dilayur dan disapu minyak kelapa.

o sifat : seperti bunga bakung, mempunyai bebawang.

· Pegaga Kampung –

o bhgn : keseluruhan tumbuhan

o fungsi : menurunkan tekanan darah dan mencuci toksik di dalam darah.

o sifat : melekap ke tanah, seperti rumput

· Lempoyang –

o bhgn : rizom

o fungsi : menambah selera makan, membuang angina, memperbaiki system penghadaman.

o Juga meningkatkan tekanan darah bagi pesakit anemia namun untuk penggunaan tujuan ini perlu dalam pantauan dan nasihat pakar herba berpengalaman.

o sifat : rimbun dan menjadi hiasan terutama apabila berbunga.

· Nilam –

o bhgn : daun

o fungsi : mewangikan pakaian yang dibasuh bersama dengannya, daun kering mengurangkan masalah pepijat / mewangikan barang di dalam almari.

o sifat : menjalar, rimbun

· Lemuju –

o bhgn : daun

o fungsi : ubat batuk, asma ringan

Terdapat beberapa tumbuhan lain yang tidak disenaraikan seperti bisa ular (untuk patukan atau disengat), kecubung hitam (untuk merawat angin pasang) dan jarak minyak (untuk rawatan sakit telinga) kerana ia merbahaya untuk kanak-kanak.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s