Adakah Brahmi dan Beremi Pokok yang Sama?

Setakat ini kiter belum pernah jumpa beremi dan tidak pernah makan beremi. Mama kata, di kampung dia dulu masa kecil-kecil memang itulah sebahagian makanan mereka. Buat urap. Campur kelapa. Sedap! Hanya dengar cerita.

Baru-baru ini kami menerima hadiah dari rakan yang mengumpul tanaman. Tanaman bernama Brahmi (Bacopa monnieri). Awalnya ingat dia berikan gelang pasir atau ros jepun dari keluarga spesies Portulaca. 😀 Mama dan kak yanna kata macam beremi.

image

Brahmi (Bacopa monnieri)

Google mengenai beremi yang boleh didapati di pasar daerah tertentu di Malaysia nampak macam sama. Ada juga yang memanggil nama beremi untuk Gelang Pasir (Portulaca oleracea). Cuma mama pun tak pernah lihat bunga beremi. Jadi tidak pasti samada ia tumbuhan yang sama atau tidak. 🙂

Brahmi merupakan salah satu tumbuhan perubatan ayurveda. Ia boleh didapati di India. Nama panggilan lain termasuklah water hyssop, herb of grace, Indian Pennywort. Kata yang memberikannya kepada kami, ia berfungsi mencairkan darah serta memperbaiki saraf-saraf halus, fungsi otak. Untuk mengambilnya sebagai herba, sebaiknya dapatkan rujukan dari orang yang biasa menggunakannya. Kalau rajin, cari maklumat yang terdapat mengenainya memang sangat banyak. Dalam bahasa inggeris, tamil dan seangkatan dengannya.

Terima kasih untuk hadiah ini 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s