Pengganti Daun Ketumbar Dalam Masakan

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar semua? Lama tak berkongsi. Kekangan masa serta pelbagai perkara dalam perjalanan hidup yang memerlukan perhatian lebih lagi.

Siapa suka daun ketumbar jawa? Daun ketumbar biasa atau Coriander pun ada yang tak suka.. tapi sekali rasa masakan yang sesuai dengannya.. pasti jatuh cinta..

Selalu kami letakkan dalam bubur.. hiris-hiris halus..  dimakan bersama bubur ayam atau ikan… apatah lagi jika bersama sup.. yum3πŸ˜‹πŸ˜‹… membuka selera dengan rasa dan aromanya yang tersendiri. Selain itu boleh menggalakkan angin keluar. Ia bersifat karminatif (peluruh kentut).πŸ˜‚

Kadang kami gunakannya bersama ikan yang dikukus.. walla…

Rasanya agak berbeza sedikit dengan ketumbar biasa. Tapi jika daun ketumbar tak ada.. bolehla gunakannya sebagai bidan terjun masakan😢. Eh.. ada ka istilah macam tu. Layankan sahaja..

Kami ada jual anak pokok Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum) atau nama gelaran lain yang penduduk tempatan berikan padanya Kangkung Kerbau, Jeruju Gunung. Masakan aroma ala thai banyak menggunakan tumbuhan seperti ini.. merangsang hidung, deria rasa dan sistem penghadaman bagi yang bermasalah selera makan.

Whatsapp ke 016-9662747 untuk mendapatkan senarai stok semasa pokok herba beserta harga.

Pokok ini mudah hidup dengan semaian biji benih juga. Benihnya halus. Hanya perlu tabur dan siram di tanah bersaliran baik. Bawah teduhan, daun lebih besar dan keras berbanding di tengah panas.

Posted from WordPress for Android

Advertisements