5 Cara Halau Siput Babi Pada Tanaman.

~ Siput babi atau nama sedapnya Garden Snail atau Escargot memang menjadi masalah kepada pekebun macam kita. Walaupun ada kata siput babi ini lambat jalan kerana sambil berjalan asyik fikir, “aku ini babi ke, siput?”. Lawak tersebut tiada kaitan dengan kebun kita apabila pokok kesayangan hanya tinggal tunggul.

~ Tabiat siput babi ini adalah ia jenis haiwan nokturnal. Apakah itu nokturnal? Pernah dengar pasal kehidupan burung hantu? Bilakah burung hantu aktif? Begitu jugalah si siput babi ini. Mereka aktif di waktu malam.

~ Sebab itulah apabila kita menanam benih yang baru bercambah, pada hari itu kita tak nampak apa-apa pelik. Anak pokok penuh dengan daun. Hanya pada pagi esok sahaja yang kita nampak hanya batang pokok. Fuh, memang sedih, bukan?

~ Di sini saya kongsikan bagaimana kita si pekebun bandar mampu mengelak serangan siput babi. Pilih salah satu atau boleh buat semuanya sekali.

1. Buang Telur Siput Babi

○● Kaedah ini adalah yang paling mudah. Kita selalu belek di kebun, kan? Jadi kalau ada nampak telur siput babi itu, bolehlah kutip dan buang. Kata mudahnya terus pecahkan sahaja. Kalau nampak siput babi dewasa atau kecil pun boleh terus kutip dan buang. Saya selalu tabur sahaja sedikit garam pada atas kulitnya.

2. Lilit dengan Kepingan Tembaga/ Aluminium.

○● Secara alaminya, siput babi tidak gemar dengan tembaga. Apabila badannya yang lembut itu terkena tembaga seakan ada kejutan arus elektrik. Kalau tiada tembaga, aluminium pun jadi. Potong dan letak di keliling pangkal pokok.

3. Serbuk Kopi.

●○ Selepas minum kopi, jangan kita buang hampasnya. Letak keliling pokok. Selain itu hampas serbuk kopi kaya dengan nitrogen. Kira hal ini sambil menyelam minum air. Dapat elak siput babi dan juga dapat baja kepada pokok secara percuma. Kalau kita jenis tidak minum kopi, seperti saya, boleh pergi ke mana-mana restoran. Minta hampas kopi daripada chef restoran. Biasanya restoran mamak. Kalau tempat anda ada Starbucks, boleh ambil percuma.

4. Garam Epsom.

●○ Garam epsom biasanya digunakan untuk kesihatan. Namun tahukah anda garam ini juga banyak digunakan di kebun? Daripada kita tabur garam biasa, lebih baik kita tabur garam epsom. Garam epsom ini kaya dengan magnesium (Mg) yang bagus untuk perkembangan pokok.

5. Cengkerang Telur Ayam.

●○ Cengkerang telur ayam kaya dengan unsur kalsium. Selepas kita goreng telur, jangan buang kulit telur ayam ini. Kita biarkan kering. Sama ada jemur atau masuk ke dalam ketuhar (suhu 40 C selama 10 minit). Kemudian kita ramas sehingga halus. Tabur hasil ramasan tersebut sekeliling pangkal pokok. Kesan tajam pada hujung sisa kulit telur itu tidak digemari oleh siput babi.

Itulah lima cara mudah yang boleh kita amalkan bagi menghalau dan membunuh siput babi di kebun. Jika anda ada cara lain, jangan segan untuk komen.

Credit info : http://www.kebunbandar.com

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s