Si Nutans.. Sabah Snake Grass

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊.

🌿Sabah Snake Grass (SSG) atau daun Belalai Gajah antara herba yang mudah disemai bagi mereka yang baru nak bermula menanam.

🌿Nama saintifiknya Clinacanthus nutans.

🌿Menghasilkan bunga berwarna merah yang tidak berbau dalam bentuk gugusan.

🌿Guna keratan batang sahaja. Cucuk tinggal siram. Inshaa Allah. Mesti hidup asalkan tanahnya tidak menakung air terlalu lama.

🌿Banyak produk berasaskan daun belalai gajah dijadikan teh untuk kesihatan.

Kegunaannya?
🌺 Menyejukkan badan yang panas.
🌺 Menurunkan tekanan darah dan aras gula.
🌺 Membantu penyembuhan luka.
🌺 Memperbaiki sel yang rosak.

Cara guna sebagai ubat luaran :
🌿 Hancurkan daun. Gunakan sebagai masker atau paste pada masalah kulit. Cuma baunya kurang senang seperti daun mambu😁😁.
🌿 Tambahkan sehelai dua daun/ bunga yang bau wangi seperti limau purut dalam masker jika tidak suka baunya. Boleh juga guna setitis minyak pati organik.
🌿 Tambahkan aloe vera untuk bekalan vitamin E pada kulit. Pastikan anda tidak alergi pada Aloe Vera terlebih dahulu.

Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba ini? Hubungi #teamSeriSubuh di talian 013-6997016 😊

Alternanthera sissoo vs Basella alba.

Nampak hampir sama tapi tak serupa.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿
BRAZILIAN SPINACH
(Alternanthera sissoo)

🤔🤔Apa yang berbeza dengan MALABAR SPINACH /REMAYUNG (Basella alba)?

👉 Daunnya tidak berlendir dan lebih keras.
👉 Batangnya juga lebih keras dan tidak menjalar.
👉 Tahan lasak di cuaca panas berbanding malabar spinach. Tetapi tidak boleh cahaya matahari penuh untuk daun yang besar dan mengurangkan risiko lecur.

Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba? Hubungi #teamSeriSubuh di talian 013-6997016 untuk maklumat lanjut 😉

Kapulaga si Pelaga Jawa Berbunga

Alhamdulillah. Dapat rakamkan bunganya.

Sebelum ini tidak tahu pelaga ada true cardamom dan false cardamom.

True Cardamom :

🌿 Pelaga Hijau berbenruk bujur yang apabila dikeringkan menjadi putih atau hitam dari spesies Elettaria cardamomum.

🌿 Pelaga India yang biasa digunakan dalam masakan masyarakat di Malaysia.

False Cardamom :

🌿Pelaga Bulat yang digunakan secara meluas di Indonesia dalam masakan dan penghasilan jamu.

🌿 Dari spesies Amomum compactum.

🌿Turut dikenali sebagai Kepulaga, Kapulaga, Kapulogo, Round Cardamom.

Kami baru memiliki jenis bulat. Berminat boleh hubungi kami #teamSeriSubuh di talian 011-10477474 untuk benih anak pokok herba ini mahupun jenis lain.