Seronoknya Tuai Mulberi.

Alhamdulillah.

Musim buah baru habis.

Serentak mulberi kami juga bergugusan💞.

Buah mulberi / Murbei /Mulberry merupakan ahli keluarga MORACEAE. Sekeluarga dengan buah tin tetapi spesies Morus🤗.

Terdapat pelbagai jenis mulberi. Ada mulberi putih, mulberi buah panjang (Mulberi Taiwan), mulberi daun. Kami hanya ada jenis ini untuk jualan – Morus nigra (Red – Black Mulberry).

Mulberi di Malaysia lebih mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Mulberi buah panjang biasanya memerlukan kemahiran lebih tinggi iaitu kaedah tut.

Gugurkan daun, bunga dan buah yang ada bagi mempercepatkan proses pengakaran. Ada yang teruja bila keratan yang disemai berbunga.. 😅😅 Padahal ia belum berakar. Membiarkan bunganya menjadi buah meninggikan risiko kematian keratan yang disemai.

Buah mulberi memiliki khasiat dan penggemarnya tersendiri dengan rasa masam manis. Bagi menghilangkan warna buah masak yang melekat pada tangan, hanya gunakan buah yang belum matang.

Buah mulberi yang masak dan dituai tidak tahan lama sekalipun disimpan dalam peti sejuk. Hanya teknik beku /frozen membuatkan ia tahan untuk kumpul sebelum dijadikan jam/kordial dan lain-lain.

Admin kurang gemar bijinya yang terlalu banyak. Untuk dijadikan aiskrim, biasanya admin hancurkan dalam plastik dan tebuk lubang kecil bagi airnya sahaja menitis keluar sebelum dibekukan😉😉. Siapa geng? Sep sikit. Ok. Berjumpa lagi di entri akan datang. Inshaa Allah.

Assalamualaikum. Terima kasih sudi baca sampai habis. Alhamdulillah.

—+++—+++—+++——+++—+++—+++—

Berminat mendapatkan Wangian Aura Tujuh bagi memperbaiki aura anda?

Hubungi #teamSeriSubuh di talian 011-10477474 (http://wa.me/601110477474/w7a) untuk maklumat lanjut 💞🙏

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s