Herba Jarum Mas Kuning (Striga asiatica)

A bouquet of weeds.. ğŸ’ž

#jarummas #strigaasiatica

Jumpa di tengah laman. Hidup di celah rumput. Dari jauh kelihatan seperti Jarum emas yang berkilauan apabila air embun bertakung pada bunga disinari mentari. Mungkin dari situ ia mendapat nama.

Herba ini popular pada suatu masa dahulu. Tapi merupakan perosak tanaman di luar negara😁. Turut dikenali sebagai #Rumput padang, #Rempah padang.

—+++—+++—+++——+++—+++—+++—
Amaran! : kandungan steroid tinggi. Overdose boleh mengakibatkan kematian. Herba bersifat panas.

Dapatkan nasihat daripada orang yang arif dengan herba ini sebelum pengambilan terutama bagi penghidap sakit jantung dan darah tinggi.

Khasiat Rumput Jarum Emas

🌱Digunakan untuk mengembalikan kecergasan wanita selepas bersalin.
🌱Bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, rumput jarum emas mampu melancarkannya.
🌱Mampu mengembalikan kesihatan rahim dan sistem peranakan.
🌱Mengemas dan menyempitkan kembali lubang faraj, khususnya bagi wanita yang sudah bersalin.
🌱Mengatasi wanita yang mempunyai penyakit keputihan.
🌱Membantu mereka yang sering mengalami sakit pinggang dan tulang belakang.
🌱Menghilangkan sakit urat dan sengal-sengal badan.
🌱Mengembalikan tenaga selepas penat bekerja seharian.
🌱Dipercayai membantu pasangan suami isteri menguatkan tenaga batin.

Cara Penggunaan Rumput Jarum Emas

🌱Ambil 4 hingga 5 rumput jarum emas sama ada yang segar ataupun yang sudah kering. Rebuskan selama 15 hingga 20 minit bersama 1 ½ liter air. Selepas itu, minum ketika sejuk ataupun masih suam.

* Amalkan air rebusan rumput jarum emas ini 2 gelas sehari bila perlu sahaja. Bukan untuk pengambilan harian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s