Pokok Tetulang Sejenis Kaktus

image

Tetulang atau Tulang-tulang, Patah Tulang kini boleh dapatkan dari kami di Seri Subuh Agrofarm.

BERMINAT?? Whatsapp ke 016-9662747 untuk mengetahui stok dan harga semasa.

Tumbuhan herba dengan nama saintifiknya Euphorbia tirucalli ini merupakan sejenis kaktus dengan batang berkayu apabila tua.

Antara herba lain yang turut ada di nurseri kami dan tergolong dalam keluarga kaktus :
☺ Jarum Tujuh Bilah ( Pereskia bleo) jenis bunga oren.. yang ini lendir jernih selamat untuk dimakan.
☺ Bakawali (Epiphyllum sp)

Ciri lain pokok Tetulang termasuklah :
πŸ˜‰ memiliki getah putih yang beracun (bila patahkan atau tercedera secara tak sengaja).
πŸ˜‰ ranting bulat bercabang2.
πŸ˜‰ memiliki daun halus kecil.
πŸ˜‰ jika bertuah, ia mengeluarkan bunga dan buah seperti beri merah dihujung ranting. Mesti comel! 😍😍

Cara guna pokok tetulang? Kami tidak begitu mahir lagi dengan herba ini. Jadi tiada nasihat yang boleh kami beri. Jika berkongsi artikel penggunaan yang kami baca.. tunggu next entry.. wiwiwi.. inshaa Allah jika kerajinan dan berkelapangan. πŸ˜…πŸ˜…

Secara umumnya, ia dikatakan untuk penggunaan luar sahaja secara tradisional bagi merawat tulang yang patah bersama gandingan herba lain. Getahnya beracun jika termakan. Untuk yang ada anak kecil perlu berhati-hati. Untuk menanggalkan ketuat.. titis getahnya dengan berhati2 dan biar kering. Ulang sehingga tanggal. Waalahualam.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Cara Buat Teh Pecah Kaca.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?

Terima kasih sudi singgah ke jurnal kami. Harap bermanfaat.

Pecah kaca (Strobilanthes crispus) turut dikenali sebagai Pecah Beling, Jin Batu, Daun Black Face Jeneral.
Merupakan antara herba yang boleh digunakan secara ringkas untuk dibuat teh dengan kaedah infusi atau sekadar tuang air panas dan biar sekejap bagai masak Maggi kegemaran anda ketika zaman belajar. Jika direneh perlahan kesannya lebih baik.

image

Rupa permukaan daun yang kasar (close up)

Pecah kaca memberikan kesan diuretik (peluruh atau penggalak kencing), menyejukkan badan, menurunkan tekanan darah, memecahkan batu karang.

Bagi yang mengalami masalah sendi atau sejuk badan, tambahkan madu bagi kesan panas.

image

Kami ada membekalkan daun pecah kaca segar juga anak pokok bagi penggunaan sendiri atau komersial. Bagi bekalan daun kering, tempahan awal perlu dibuat kerana kami tidak menyimpan stok dalam kuantiti besar. Hubungi kami melalui sms/whatsapp ke 016-9662747 untuk maklumat lanjut.

Antara herba lain yang turut kami bekalkan :
πŸ˜‰ Misai Kucing Putih
πŸ˜‰ Misai Kucing Ungu
πŸ˜‰ Teh Afrika (Vernonia amygdalina)
πŸ˜‰ Belalai Gajah / Sabah Snake Grass (Clinacanthus nutans)
πŸ˜‰ Nilam (Pogostemon cablin)

Posted from WordPress for Android

Pengganti Daun Ketumbar Dalam Masakan

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apa khabar semua? Lama tak berkongsi. Kekangan masa serta pelbagai perkara dalam perjalanan hidup yang memerlukan perhatian lebih lagi.

Siapa suka daun ketumbar jawa? Daun ketumbar biasa atau Coriander pun ada yang tak suka.. tapi sekali rasa masakan yang sesuai dengannya.. pasti jatuh cinta..

Selalu kami letakkan dalam bubur.. hiris-hiris halus..  dimakan bersama bubur ayam atau ikan… apatah lagi jika bersama sup.. yum3πŸ˜‹πŸ˜‹… membuka selera dengan rasa dan aromanya yang tersendiri. Selain itu boleh menggalakkan angin keluar. Ia bersifat karminatif (peluruh kentut).πŸ˜‚

Kadang kami gunakannya bersama ikan yang dikukus.. walla…

Rasanya agak berbeza sedikit dengan ketumbar biasa. Tapi jika daun ketumbar tak ada.. bolehla gunakannya sebagai bidan terjun masakan😢. Eh.. ada ka istilah macam tu. Layankan sahaja..

Kami ada jual anak pokok Ketumbar Jawa (Eryngium foetidum) atau nama gelaran lain yang penduduk tempatan berikan padanya Kangkung Kerbau, Jeruju Gunung. Masakan aroma ala thai banyak menggunakan tumbuhan seperti ini.. merangsang hidung, deria rasa dan sistem penghadaman bagi yang bermasalah selera makan.

Whatsapp ke 016-9662747 untuk mendapatkan senarai stok semasa pokok herba beserta harga.

Pokok ini mudah hidup dengan semaian biji benih juga. Benihnya halus. Hanya perlu tabur dan siram di tanah bersaliran baik. Bawah teduhan, daun lebih besar dan keras berbanding di tengah panas.

Posted from WordPress for Android

Daun Nilam, Mangun, Lemuju dan Ati-ati

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ˜‰

Entri kali ini hanya untuk beri jawapan kepada salah satu soalan yang sering diberi kepada kami untuk pengecaman tanaman.

Harap gambar ini membantu sedikit sebanyak.

img_20131127_124857

Kesemuanya tergolong dalam ahli keluarga LAMIACEAE/ LABIATAE. Memiliki aroma tersendiri.

Malabar catmint juga memiliki daun hampir kelihatan serupa dengan nilam dari jauh. Bezanya ia memiliki bunga dan daunnya lebih nipis dengan aroma dan pertumbuhan yang berbeza.

image

Juga sinonim dikenali sebagai epimeredi indicus

  • Nilam /PatchouliPogostemon cablin
  • Lemuju/ Indian boragePlectranthus amboinicus atau sinonim dgn P. aromaticus
  • Ati-ati hijauPlectranthus spp.
  • MangunΒ –Β Plectranthus spp.
  • Lemon Balm –Β Melissa officinalis
  • Malabar CatmintAnisomeles indica

Bunga Kegemaran Kelulut

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ˜‰

Lama tak sempat update. Kali ini kami nak cerita tentang bunga-bunga yang menjadi pilihan kelulut di area rumah kami.

Salah satu kegemaran mereka yang dikunjungi tidak kira pagi atau tengah hari dan petang.. Bidens pilosa (rujuk gambar).

Tanaman dari keluarga Ocimum seperti Selasih, Kemangi Hitam / Holy Basil, Kemangi Putih dan Kemangi Hijau juga menjadi pilihan mereka di nurseri..

selasih

Bunga ros pengantin yang bergugusan tidak menarik perhatian mereka. Tetapi ros jenis seperti dalam gambar dibawah menjadi pilihan sang kelulut. Mungkin kerana bau seperti sirap dan kelopaknya juga manis. Ros Cecile Brunner hanya berbau harum. Kelopaknya pahit.

ros-chinese-baby

Jenis ros yang menjadi pilihan kelulut di rumah kami.

Rumpai seperti Sida spp..

sida-acuta

Bunga dari pohon buah-buahan seperti durian, mangga, rambutan, belimbing buluh, belimbing besi sudah semestinya. Bunga dari keluarga cosmos seperti ulam raja pink, ulam raja bunga kuning..bunga air mata pengantin pink… Lagi…??

Bunga dari Turnera spp. atau lebih dikenali sebagai pokok lidah kucing/ kembang pukul lapan.. Cuma bunga turnera kembang jam 8-10 pagi sahaja sekalipun ia berbunga sepanjang tahun dan mudah dijaga.

Banyak lagi jenis bunga yang boleh menjadi santapan kelulut.

Posted from WordPress for Android