Biji Benih : Urang Aring

Herba jenis menutup bumi ini juga dikenali sebagai Kermak Jantan, False Daisy, Swamp Daisy,ย Bhringraj (perubatan Ayurveda, India), atauย Han Lian Cao dikalangan masyarakat Cina.

urang aringKami tidak selalu menyimpan stock anak pokok urang aringย di dalam polibag dan menyediakannya berdasarkan permintaan sahaja. Bagaimana nak dapatkan benih Urang aring (Eclipta prostrata) ini? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit sebelum menuai hasilnya sendiri. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen.:)

Pre order untuk kami semaikan pun boleh.. mengambil masa 2-4 minggu selepas deposit tempahan dibuat. ๐Ÿ˜‰

Urang aring hidup dengan baik dikawasan yang tidak bersaliran baik. Menerima air yang mencukupi. Sedikit teduhan untuk daun yang lebih gelap dan besar.

Tanaman ini dikeringkan bagi kegunaan perubatan. Berfungsi sebagai tonik hati dan membantu menghitamkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Cara semai urang aring?

Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,ย  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.

Biji Benih: Hempedu Bumi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ๐Ÿ™‚

Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam rasa tenang walau dalam apa jua situasi. Terima kasih bagi yang selalu menjenguk perkembangan jurnal. ๐Ÿ˜Š

Untuk entri kali ini, Nurul mahu kongsi dan jawab pertanyaan dari pelanggan. Ada beberapa orang yang bertanya.. Kerana kami tidak selalu mempunyai stock anak pokok hempedu bumi di dalam polibag… Bagaimana nak dapatkan benih Hempedu Bumi atau nama inggerisnya King of Bitter (Andrographis paniculata)? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Tapi stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen. ๐Ÿ™‚

image

Sekiranya di rumah sudah ada pokok hempedu bumi. Tinggalkan sepokok jangan dituai pucuknya. Nanti barulah boleh berbunga. Biji benih diperoleh dari buah matang yang sudah bertukar warna dari hijau ke coklat di situ sebelum ia meletup sendiri. Daunnya akan mengecil sekiranya dibiarkan untuk berbunga.

Hempedu bumi mendapat namanya dari daun dan keseluruhan pokok yang pahit bak hempedu.. hempedu tu pahit ea? Hihi.. Ia hidup dengan baik di tanah berpasir yang bersaliran baik.ย  Dengan sedikit teduhan, daun lebih hijau, besar.

Rupa biji benih hempedu bumi? Macam dalam gambar..

hbumi biji

Senang sahajakan? ๐Ÿ™‚

Nak semai pun mudah. Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,ย  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Baby of Air Potato (Dioscorea bulbifera)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ๐Ÿ™‚

Do you collect rare herbs? Do you have dioscorea species in your collection list? Hurry up๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„ We do open this for sale for limited time and limited item!  SMS/ Whatsapp at 016-9662747 for further information.

image

Tanaman ini dikenali sebagai Air Potato kerana ubinya tergantung pada dahan di udara dan bukan membesar di dalam tanah. Kami mempunyai dua jenis varieti air potato. Varieti yang diceritakan dientri ini nama saintifiknya Dioscorea bulbifera.

image

Cara pertumbuhan

Cara pertumbuhan melilit dan merayap seperti dalam gambar diatas. Dikategorikan sebagai tanaman invasive kerana bila ia sesuai di sesuatu kawasan, pertumbuhannya sukar dikawal dan menutupi tanaman sekitarnya untuk mendapatkan cahaya matahari.

Ubi air potato digunakan penduduk tempatan untuk rawatan traditional bagi merawat penyakit tertentu. Namun perlu mendapatkan nasihat mereka yang arif menggunakan herba ini untuk kegunaan dalaman kerana ia mempunyai toksik. Biasanya ubi air potato direbus beberapa kali dan dibuang airnya sebelum rebusan terakhir digunakan.

image

Pengecaman spesies

Posted from WordPress for Android

Kucai si Garlic Chive

image

Kucai (Allium tuberosum)

Kucai (Allium tuberosum) memiliki daun pipih dengan rasa dan bau bawang putih yang kuat. Kerana itu ia turut dikenali dengan nama Garlic Chive.

Boleh dibiakkan melalui pecahan bebawang atau semaian biji benih matang.

Kucai mudah berbunga. Bunganya berwarna putih dan kelihatan sangat menarik jika rumpun kucai telah padat dalam bekas tanaman.

Kucai dan lokio adalah tanaman yang berbeza. Kucai lebih mudah didapati berbanding lokio yang bermusim dan lebih sering digunakan sebagai penyedap masakan. Hirisan daun diletakkan di dalam bubur, digoreng bersama mee atau sayuran lain seperti taugeh. Yumm3~~~๐Ÿ˜Š. Alhamdulillah.

Posted from WordPress for Android

Lantern Fruit/ Ciplukan (Physalis minima)

image

Gambar bunga, daun dan buah baru muncul

Tanaman yang memiliki buah matang berwarna oren di dalam kantung seperti tanglung ini merupakan sebahagian dari ahli keluarga yang sama dengan cili, terung dan kecubung iaitu keluarga SOLANACEAE. Nama saintifiknya ialah Physalis minima.

Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis biji  benih varieti Gooseberry yang boleh didapati di pasaran. Kami hanya memiliki jenis biasa sahaja.

Buahnya memiliki rasa masam manis bergantung kepada varieti. Ada yang sedikit kelat dan mungkin memabukkan jika diambil secara berlebihan. Boleh dimakan mentah atau dimasak.

Dikenali dengan nama Wild Cape Gooseberry, Ciplukan. Ia turut dikenali sebagai Lantern fruit atau buah tanglung kerana apabila matang, buahnya bertukar kuning seolah tanglung yang bercahaya. Menarik bukan?

Kami tidak menjual tanaman ini di dalam bentuk polibag. Biji benih akan dibuat dan disimpankan on request sahaja. Hubungi kami untuk mengetahui stock semasa  dan pelbagai lagi biji benih tanaman yang boleh didapati dari kami melalui sms/ whatsapp ke 016-9662747 ๐Ÿ˜‰

Posted from WordPress for Android

Nilam Pandan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua ๐Ÿ™‚ Terima kasih sudi menjenguk ke jurnal ini.

Kali ini kami ingin kongsikan tumbuhan yang diperoleh daripada nenek saudara. Kata nek leha dan beberapa kenalan, pokok ini dikenali sebagai nilam pandan. Ada yang menggelarnya nilam, nilam dulu2, nilam asal, daun wangi dan sebagainya. Nama saintifiknya kami belum tahu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

image

Terima kasih nek leha untuk pokok ini ๐Ÿ˜Š

Daunnya mengeluarkan aroma seperti daun pandan apabila diramas atau dikeringkan. Dari jauh ia kelihatan seperti nilam tetapi struktur daunnya sangat berbeza. Nilam memiliki daun baldu yang lembut. Manakala tanaman dengan batang separa berkayu ini memiliki daun yang keras seperti tanaman plastik dan kasar. Seperti daun pecah kaca/ pecah beling (Strobilanthes crispus).

Pada awalnya kami ingatkan nek leha pun kena tipu macam kami.. rujuk pos entri ini๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Nampak macam tanaman yang serupa. Tapi kenapa yang sebelum ini tidak bau langsung. Huhu.

Tanaman ini mudah dijaga seperti pokok biasa tetapi tidak tahan pada sinaran matahari secara terus. Memerlukan bekalan air yang mencukupi. Perosak tiada masalah sangat (buat masa ni yang kami perhatikan…takde ulat bulu yang suka). Pembiakan melalui keratan seperti anak pokok nilam sebenar โ˜บ.

Sekiranya ia berbunga, kami akan update lagi. Sampai sini sahaja dulu. Penat nak sambung taip. Semoga bermanfaat dan moga berjumpa lagi dilain masa. Inshaa Allah. Daa~~~ Wassalam.

Posted from WordPress for Android

Maman Putih

Not open for sale yet.

image

Anak pokok maman putih

Nota :
* Agak sukar nak jaga jenis yang ini berbanding yang ungu.
*Sukakan tanah berpasir dengan campuran sedikit sabut.
*Sebelum ini letak tempat redup tapi mati. Letak di tempat menerima cahaya matahari penuh. Tapi bukan direct sun.. 70% ke 90% macam tu. Kelihatan agak baik berbanding percubaan awal dulu๐Ÿ˜Š
* Maman putih digunakan dalam masakan. Di letak dalam rendang. Rasa agak pahit sedikit. Tapi sedap.

Posted from WordPress for Android