Beza Bunga Telang Selapis dan Berlapis😃

Terdapat pelbagai jenis warna bunga telang (Clitorea ternatea). Ada putih, pink dan biru.

Kebiasaannya warna biru ditanam sebagai pewarna untuk kuih seperti pulut tai tai, nasi kerabu, dan boleh diletakkan dalam telur dadar serta ikhtiar perawatan alternatif bagi sakit tertentu. Air bunga telang juga popular di negara seperti Thai. Direbus bersama serai dan gula perang/ gula melaka. Juga ada pelbagai resepi lain untuk dicuba. Perahkan lemon/ limau bagi mendapatkan warna ungu/merah. Menarikkan?

Ia memiliki rasa manis. ☺️

Bunga telang kering ada dijual dipasaran bagi kegunaan kulinari.

Different single and double petals bluepea

Bunga telang selapis dikenali sebagai Single Petal Blue Pea. Berlapis dikenali sebagai Double Petal Blue Pea.

—+++—+++—+++——+++—+++—+++—

Pelbagai anak pokok herba untuk kegunaan individu, penyelidikan dan perladangan.

Hubungi #teamSeriSubuh di talian 013-6997016 untuk maklumat lanjut.

http://wasap.my/60136997016

Si Nutans.. Sabah Snake Grass

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊.

🌿Sabah Snake Grass (SSG) atau daun Belalai Gajah antara herba yang mudah disemai bagi mereka yang baru nak bermula menanam.

🌿Nama saintifiknya Clinacanthus nutans.

🌿Menghasilkan bunga berwarna merah yang tidak berbau dalam bentuk gugusan.

🌿Guna keratan batang sahaja. Cucuk tinggal siram. Inshaa Allah. Mesti hidup asalkan tanahnya tidak menakung air terlalu lama.

🌿Banyak produk berasaskan daun belalai gajah dijadikan teh untuk kesihatan.

Kegunaannya?
🌺 Menyejukkan badan yang panas.
🌺 Menurunkan tekanan darah dan aras gula.
🌺 Membantu penyembuhan luka.
🌺 Memperbaiki sel yang rosak.

Cara guna sebagai ubat luaran :
🌿 Hancurkan daun. Gunakan sebagai masker atau paste pada masalah kulit. Cuma baunya kurang senang seperti daun mambu😁😁.
🌿 Tambahkan sehelai dua daun/ bunga yang bau wangi seperti limau purut dalam masker jika tidak suka baunya. Boleh juga guna setitis minyak pati organik.
🌿 Tambahkan aloe vera untuk bekalan vitamin E pada kulit. Pastikan anda tidak alergi pada Aloe Vera terlebih dahulu.

Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba ini? Hubungi #teamSeriSubuh di talian 013-6997016 😊

Alternanthera sissoo vs Basella alba.

Nampak hampir sama tapi tak serupa.

🌿🌿🌿🌿🌿🌿
BRAZILIAN SPINACH
(Alternanthera sissoo)

🤔🤔Apa yang berbeza dengan MALABAR SPINACH /REMAYUNG (Basella alba)?

👉 Daunnya tidak berlendir dan lebih keras.
👉 Batangnya juga lebih keras dan tidak menjalar.
👉 Tahan lasak di cuaca panas berbanding malabar spinach. Tetapi tidak boleh cahaya matahari penuh untuk daun yang besar dan mengurangkan risiko lecur.

Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba? Hubungi #teamSeriSubuh di talian 013-6997016 untuk maklumat lanjut 😉

Biji Benih : Urang Aring

Herba jenis menutup bumi ini juga dikenali sebagai Kermak Jantan, False Daisy, Swamp Daisy, Bhringraj (perubatan Ayurveda, India), atau Han Lian Cao dikalangan masyarakat Cina.

urang aringKami tidak selalu menyimpan stock anak pokok urang aring di dalam polibag dan menyediakannya berdasarkan permintaan sahaja. Bagaimana nak dapatkan benih Urang aring (Eclipta prostrata) ini? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit sebelum menuai hasilnya sendiri. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen.:)

Pre order untuk kami semaikan pun boleh.. mengambil masa 2-4 minggu selepas deposit tempahan dibuat. 😉

Urang aring hidup dengan baik dikawasan yang tidak bersaliran baik. Menerima air yang mencukupi. Sedikit teduhan untuk daun yang lebih gelap dan besar.

Tanaman ini dikeringkan bagi kegunaan perubatan. Berfungsi sebagai tonik hati dan membantu menghitamkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Cara semai urang aring?

Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.