Si Nutans.. Sabah Snake Grass

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊.

🌿Sabah Snake Grass (SSG) atau daun Belalai Gajah antara herba yang mudah disemai bagi mereka yang baru nak bermula menanam.

🌿Nama saintifiknya Clinacanthus nutans.

🌿Menghasilkan bunga berwarna merah yang tidak berbau dalam bentuk gugusan.

🌿Guna keratan batang sahaja. Cucuk tinggal siram. Inshaa Allah. Mesti hidup asalkan tanahnya tidak menakung air terlalu lama.

🌿Banyak produk berasaskan daun belalai gajah dijadikan teh untuk kesihatan.

Kegunaannya?
🌺 Menyejukkan badan yang panas.
🌺 Menurunkan tekanan darah dan aras gula.
🌺 Membantu penyembuhan luka.
🌺 Memperbaiki sel yang rosak.

Cara guna sebagai ubat luaran :
🌿 Hancurkan daun. Gunakan sebagai masker atau paste pada masalah kulit. Cuma baunya kurang senang seperti daun mambu😁😁.
🌿 Tambahkan sehelai dua daun/ bunga yang bau wangi seperti limau purut dalam masker jika tidak suka baunya. Boleh juga guna setitis minyak pati organik.
🌿 Tambahkan aloe vera untuk bekalan vitamin E pada kulit. Pastikan anda tidak alergi pada Aloe Vera terlebih dahulu.

Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba ini? Hubungi #teamSeriSubuh di talian 013-6997016 😊

Pucuk Manis dari Biji Benih.

Lihat rupa awalnya =)

Kiri: Biji benih yang baru bercambah.
Kanan: Daun awal.

 

 

 

 

 

 

 

————————————-

Pertengahan Ogos, abah cari pucuk daun manis di pasaraya untuk buat masak lemak putih. Tapi bila beli, rupanya tidak memuaskan hati. Mahu petik yang ada di rumah, hanya ada sebatang pokok, masih kecil lagi.. tidak cukup. Baru beberapa pelepah daun. 😦

Yang Nurul semai sebelum ini (seperti pic di atas), ada 6 polibag. Nurul pun tak ingat bagaimana Nurul semai. Kebetulan masa ayah lihat dalam nurseri ada 6 polibag yang Nurul semai sebelum ini… Ayah segera tanam… Sayangnya ia sudah mati kering kerana faktor cuaca pada bulan puasa. Hanya ada sebatang yang masih bertahan pada hari entri ini di sambung (oh ya… hari ini 08 Sept. 2012)..

Pada hari yang sama ayah pindah anak pokok dari polibag ke tanah, Nurul kutip buah pucuk manis yang sudah matang untuk disemai. Kebetulan ada.. Guna keratan pun boleh sebenarnya. Tapi pokok sebatang, kecil pula,.. Tidak sesuai untuk kerat.. Boleh dapat berapa pokok sahaja.. Itupun, kalau menjadi.. Tambahan lagi pada masa itu, cuaca tidak sesuai..

Kali ini, ingat betul-betul.. Sebiji buah, ada 6 biji benih di dalamnya. Pecahkan buah… Semai bijinya yang hitam itu… Biarkan dengan tanah yang tidak bertakung air. Asal lembab.. Akhirnya.. Sekarang sudah ada banyak untuk abah pindahkan lagi… Harus tunggu musim hujan.. Jangan tanam masa musim kemarau.. Alhamdulillah…

Semaian biji pucuk manis.


——-
Peringkat dari bunga ke buah pucuk manis (Sauropus androgynous)..
image

Stage flower to fruit development

Semai Biji Betik.

Awal tahun ini ada orang tempah anak pokok betik. Adik-adik Nurul ada yang tak tahu tentang ini. Nota ini untuk kamu 🙂

Betik (Carica papaya)  merupakan salah satu jenis tumbuhan yang disemai menggunakan biji benih. Selaput luar dikenal sebagai ‘sarcotesta’. Ia melindungi biji betik dari bercambah. Jadi, sebelum semai… Untuk peratus percambahan yang lebih baik, keringkan dulu biji benih betik atau kalau rajin, tanggalkan selaputnya dulu. Nurul lebih senang jemur bijinya dahulu. Pastikan tak dimakan semut. Selepas tiga hari, gaul dengan tanah semaian, lembapkan tanah dan letak di tempat teduh.

Selepas beberapa hari, periksa. Inilah rupa benih yang berjaya disemai… ^___^y