Wild Marigold? Wedelia Kuning?

Assalamualaikum dan selamat pagi💞

Wedelia Kuning / Bunga Serunai (Wedelia trilobata).

🌿 Herba liar yang telah lama digunakan dalam perubatan purba Siddha, Ayurveda, Yunani dan tamadun lain tetapi lebih dikenali sebagai tanaman hias kerana:
– Berbunga sepanjang tahun tidak kira musim.

– Tanaman penutup bumi yang tahan lasak dan mudah dijaga (low maintenance).
– Pembekal nitrogen, fosforus dan potassium kepada tanah dan memperbaiki tanah dari logam berat.
– Menahan hakisan (soil retention and erosion).
– Akarnya mengeluarkan kimia yang menghalang pertumbuhan biji benih tumbuhan lain di sekitar (allelophatic substance).

🌿 Terdapat pelbagai perbincangan untuk penamaan binomial /nama saintifiknya kerana struktur fizikal yang menghampiri pelbagai spesies dalam keluarga Asteraceae.

🌿 Turut dikenali sebagai Sphagneticola trilobata, Wedelia chinensis.

🌿 Memiliki pelbagai nama gelaran termasuklah :
🌼 Wild Marigold.
🌼 Creeping Daisy.
🌼 Creeping Ox-eye.
🌼 Yellow Ox-eye Daisy.
🌼 Trailing Daisy.
🌼 Singapore Daisy.
🌼 Pita Bhringraj.
🌼 Manjal Kalangkani.

🌿 Mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan Bhringraj (Eclipta alba) iaitu untuk menghitamkan rambut, masalah hati.

🌿 Air perahan daun bersifat toksik untuk ternakan kerana boleh mengakibatkan keguguran fetus tetapi digunakan untuk rawatan kulit , masalah kutu.

🌿 Wanita hamil perlu elakkan herba ini sebagai rawatan dalaman.

———————————————————–
Artikel rujukan yang baik untuk bacaan mengenai tumbuhan ini👍
http://herbsfromdistantlands.blogspot.com/2018/04/wedelia-wedelia-chinensis-trilobata.html?m=1
———————————————————-
Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba ini?

Hubungi#teamSeriSubuh di talian 013-6997016 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan mengenai stock semasa😉

Biji Benih : Urang Aring

Herba jenis menutup bumi ini juga dikenali sebagai Kermak Jantan, False Daisy, Swamp Daisy, Bhringraj (perubatan Ayurveda, India), atau Han Lian Cao dikalangan masyarakat Cina.

urang aringKami tidak selalu menyimpan stock anak pokok urang aring di dalam polibag dan menyediakannya berdasarkan permintaan sahaja. Bagaimana nak dapatkan benih Urang aring (Eclipta prostrata) ini? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit sebelum menuai hasilnya sendiri. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen.:)

Pre order untuk kami semaikan pun boleh.. mengambil masa 2-4 minggu selepas deposit tempahan dibuat. 😉

Urang aring hidup dengan baik dikawasan yang tidak bersaliran baik. Menerima air yang mencukupi. Sedikit teduhan untuk daun yang lebih gelap dan besar.

Tanaman ini dikeringkan bagi kegunaan perubatan. Berfungsi sebagai tonik hati dan membantu menghitamkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Cara semai urang aring?

Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.