Bunga Kegemaran Kelulut

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera šŸ˜‰

Lama tak sempat update. Kali ini kami nak cerita tentang bunga-bunga yang menjadi pilihan kelulut di area rumah kami.

Salah satu kegemaran mereka yang dikunjungi tidak kira pagi atau tengah hari dan petang.. Bidens pilosa (rujuk gambar).

Tanaman dari keluarga Ocimum seperti Selasih, Kemangi Hitam / Holy Basil, Kemangi Putih dan Kemangi Hijau juga menjadi pilihan mereka di nurseri..

selasih

Bunga ros pengantin yang bergugusan tidak menarik perhatian mereka. Tetapi ros jenis seperti dalam gambar dibawah menjadi pilihan sang kelulut. Mungkin kerana bau seperti sirap dan kelopaknya juga manis. Ros Cecile Brunner hanya berbau harum. Kelopaknya pahit.

ros-chinese-baby

Jenis ros yang menjadi pilihan kelulut di rumah kami.

Rumpai seperti Sida spp..

sida-acuta

Bunga dari pohon buah-buahan seperti durian, mangga, rambutan, belimbing buluh, belimbing besi sudah semestinya. Bunga dari keluarga cosmos seperti ulam raja pink, ulam raja bunga kuning..bunga air mata pengantin pink… Lagi…??

Bunga dari Turnera spp. atau lebih dikenali sebagai pokok lidah kucing/ kembang pukul lapan.. Cuma bunga turnera kembang jam 8-10 pagi sahaja sekalipun ia berbunga sepanjang tahun dan mudah dijaga.

Banyak lagi jenis bunga yang boleh menjadi santapan kelulut.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Bunga : Halia Makan

Alhamdulillah. Kali ini berkesempatan untuk rekod perkembangan bunga halia. Ia kembang di waktu petang. Tak pasti tempat lain macam mana pula.

image

Bunga halia.

Nice ginger’s flower. šŸ˜€ Bau dia pun sangat kuat seperti bau rizom halia. Nanti nak cuba makan.. hihihi. Boleh tak? Macam sedap je šŸ˜„šŸ˜„

Posted from WordPress for Android

Bunga : Pandan Serani

image

Pandan Serani (Dracaena angustifolia) atau Daun Suji digunakan sebagai pewarna hijau dalam makanan. Warnanya lebih hijau dari penggunaan daun pandan tetapi tidak memiliki aroma. Ada yang menggabungkan penggunaan daun ini dengan daun pandan biasa šŸ™‚

Baru-baru ini tumbuhan ini berbunga. Jadi dapat kami rakamkan untuk dikongsi bersama. Bau bunganya hampir sama dengan mayang sari (Cestrum nocturnum). Kembang mulai petang menjelang ke malam. Pagi da kuncup. šŸ˜€

Unknown Plant :D

Tumbuhan kecil ini memiliki daun yang berbau busuk seperti pokok sekentut apabila diramas.. Pohon sekentut yang biasa didalam hutan memiliki pucuk keunguan.

image

Baru-baru ini tumbuhan mini ini berbunga. Bunganya tidak memiliki aroma seperti daunnya šŸ˜€ alhamdulillah. Cantik pula bila berbunga walau busuk bau daunnya.

Masih mencari id tanaman ini. Melalui bentuk bunga, daun.. Pokok apakah ini ya? Moga bertemu keluarganya. ^_^y

Perkembangan Bunga Belimbing Tanah (Tacca spp.)

Belimbing tanah juga dikenali dengan nama Janggut Adam, Keladi Murai, Bat’s Flower. Memiliki bunga yang unik seakan kelawar membuatkan ia popular dikalangan peminat tanaman hias eksotik. Sebagai tanaman herba, ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional melayu lama. Bacaan selanjutnya boleh dilihat disini : http://serisubuh.blogspot.com/2013/07/keladi-murai-tacca-chantrieri.html

Kali ini kami berkesempatan merakamkan pengalaman kami apabila salah satu anak pokok yang kami miliki mengeluarkan bunga šŸ™‚

Alhamdulillah.

image

Perkembangan dari kudup hingga mekar

Jika ia menghasilkan buah dan kami berkelapangan untuk merakamkannya, entri ini akan disambung ke siri 2.

Bagi yang berminat mendapatkan tanaman ini, boleh hubungi kami melalui sms ke 016-9662747. Pertanyaan awal diperlukan kerana stok pokok adalah terhad.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat yang berminat šŸ™‚

Bunga Tembaga Suasa.

hipperastrum

Bunga Tembaga Suasa

Cantikkan? Alhamdulillah.. šŸ˜€

Ini merupakan kali pertama ia berbunga sejak diperoleh setahun lepas. Berdasarkan ciri bunga, ia dari spesies hipperastrum spp. Selain berfungsi sebagai ubat, boleh ditanam sebagai tanaman hias kerana bunganya yang menarik.

Daun tembaga suasa sebelum ini digunakan untuk merawat kaki ayah yang terseliuh dan terpatah. Atas nasihat tukang urut di kawasan kampung, kami mencari daun tembaga suasa. Ahli keluarga terdekat yang mengalami sakit lutut dan sakit pinggang juga dicadangkan menggunakannya. Memang berkesan. Alhamdulillah.

Caranya? Mudah sahaja. Layurkan daun diatas api seperti melayur daun pisang. Tujuannya untuk melembutkan daun. Kemudian, sapu minyak kelapa dipermukaan atas daun.. Balut di tempat sakit. Bawa tidur semalaman. Pertama kali akan ada ‘healing crisis’.. Rasa sakit macam dicubit-cubit bahagian sakit tersebut. Terutama jika masalah tersebut telah lama dialami. Apapun, rasa itu suatu yang subjektif. Ada orang, tak rasa apa-apa. Yang penting baik untuk dia.

Sebelum ni, kami pun tertanya-tanya bunga tembaga suasa yang diberikan ini warna apa. Sebab ada macam-macam versi tumbuhan hampir serupa yang dikatakan sebagai tembaga suasa. Ada bunga ungu, bunga putih, bunga oren, merah. Kesahihan dan keberkesanannya tidak kami ketahui. Jenis yang ini dicadangkan oleh seseorang yang kami kenal. Terima kasih kepada insan yang dimaksudkan šŸ™‚

Anda ada pohon tembaga suasa di rumah? Kalau jenis yang berbeza, bolehlah buat pertukaran bebawangnya ^_^ y

Posted from WordPress for Android