D.I.Y : Cara Membuat Cincau Hijau Dari Cyclea sp.

Assalamualaikum dan salam sejahtera☺. Apa khabar semua? Semoga sihat dan ceria selalu walau apa jua fasa kehidupan yang sedang dilalui.

Lama tak kemaskini jurnal atas kekangan masa dan komitmen. Senang share di status whatsapp sahaja😅😅 Tapi kali ni kami kongsikan disini supaya senang jadi rujukan untuk masa akan datang.

Hubungi kami untuk mendapatkan anak pokok cincau jenis cyclea.

Terus kepada topik seperti tajuk entri ini… cara-cara menghasilkan cincau hijau dari spesies ini sangat mudah.

  • Tuai daun sahaja. Kisar daun dengan air sama paras. Tapis dengan kain dan perah sampai hampas jadi putih. Simpan di dalam peti ais bahagian bawah. Ia akan membentuk tekstur seperti agar-agar/ jeli (macam gambar di bawah)

Ok. Mudah je kan? Selamat mencuba😋😋

Anak Pokok Cincau (Cyclea spp.)

Terdapat dua jenis cincau yang boleh didapati dipasaran tempatan iaitu cincau hijau dan cincau hitam. Dijual dalam bentuk ketulan jeli siap untuk digunakan ataupun dalam bentuk kering. Namun, kedua-duanya sebenarnya dihasilkan dari tumbuhan yang berbeza keluarganya. ☺

Cincau hitam dihasilkan dari tanaman dinamakan Mesona chinensis/ Platostoma palustre yang tergolong dalam keluarga yang sama dengan ati-ati, nilam dan pudina iaitu LAMIACEAE. Daun dan batangnya direbus bersama potassium karbonat dan sedikit kanji/gula sebelum ditapis dan dibekukan menjadi cincau. (Ref: Grass Jelly)

Cincau hijau pula dihasilkan dari ahli keluarga Cyclea spp..

Cincau hijau yang turut dikenali sebagai cincau perdu pula dihasilkan dari ahli keluarga senduduk iaitu Melastoma affine atau Melastoma polyanthum. .Cara penghasilan jenis yang ini kami belum mencubanya sendiri buat masa ketika entri jurnal ini dihasilkan

image

Anak pokok cincau

Buat masa ini, kami hanya menjual anak pokok cincau dari jenis Cyclea seperti di dalam gambar ini sahaja. Ia lebih mudah dijaga berbanding spesies Mesona chinensis dan tahan lasak serta boleh terdedah kepada matahari asalkan menerima air yang mencukupi. Menghasilkan bunga kecil berwarna putih.

Cara membuat cincau sendiri di rumah akan dikongsikan bila kami kelapangan. Inshaa Allah 😊

Posted from WordPress for Android