Wild Marigold? Wedelia Kuning?

Assalamualaikum dan selamat pagi💞

Wedelia Kuning / Bunga Serunai (Wedelia trilobata).

🌿 Herba liar yang telah lama digunakan dalam perubatan purba Siddha, Ayurveda, Yunani dan tamadun lain tetapi lebih dikenali sebagai tanaman hias kerana:
– Berbunga sepanjang tahun tidak kira musim.

– Tanaman penutup bumi yang tahan lasak dan mudah dijaga (low maintenance).
– Pembekal nitrogen, fosforus dan potassium kepada tanah dan memperbaiki tanah dari logam berat.
– Menahan hakisan (soil retention and erosion).
– Akarnya mengeluarkan kimia yang menghalang pertumbuhan biji benih tumbuhan lain di sekitar (allelophatic substance).

🌿 Terdapat pelbagai perbincangan untuk penamaan binomial /nama saintifiknya kerana struktur fizikal yang menghampiri pelbagai spesies dalam keluarga Asteraceae.

🌿 Turut dikenali sebagai Sphagneticola trilobata, Wedelia chinensis.

🌿 Memiliki pelbagai nama gelaran termasuklah :
🌼 Wild Marigold.
🌼 Creeping Daisy.
🌼 Creeping Ox-eye.
🌼 Yellow Ox-eye Daisy.
🌼 Trailing Daisy.
🌼 Singapore Daisy.
🌼 Pita Bhringraj.
🌼 Manjal Kalangkani.

🌿 Mempunyai fungsi yang hampir serupa dengan Bhringraj (Eclipta alba) iaitu untuk menghitamkan rambut, masalah hati.

🌿 Air perahan daun bersifat toksik untuk ternakan kerana boleh mengakibatkan keguguran fetus tetapi digunakan untuk rawatan kulit , masalah kutu.

🌿 Wanita hamil perlu elakkan herba ini sebagai rawatan dalaman.

———————————————————–
Artikel rujukan yang baik untuk bacaan mengenai tumbuhan ini👍
http://herbsfromdistantlands.blogspot.com/2018/04/wedelia-wedelia-chinensis-trilobata.html?m=1
———————————————————-
Berminat untuk mendapatkan anak pokok herba ini?

Hubungi#teamSeriSubuh di talian 013-6997016 untuk tempahan dan sebarang pertanyaan mengenai stock semasa😉