Bunga : Halia Makan

Alhamdulillah. Kali ini berkesempatan untuk rekod perkembangan bunga halia. Ia kembang di waktu petang. Tak pasti tempat lain macam mana pula.

image

Bunga halia.

Nice ginger’s flower. πŸ˜€ Bau dia pun sangat kuat seperti bau rizom halia. Nanti nak cuba makan.. hihihi. Boleh tak? Macam sedap je πŸ˜„πŸ˜„

Posted from WordPress for Android

Image

Wild Mint (Mentha arvensis)

image

22 Dec 2015 :
Pembetulan telah dibuat pada tajuk post ini.. Kat gambar, malas pula nak edit balik. πŸ˜›

Afterall, it show we learn and improve by time. The picture is flower of wild mint (Mentha arvensis) πŸ˜‰

Selepas berbunga, kiter periksa balik tanaman yang rakan2 panggil spearmint ni bukanlah spearmint.. Ia pudina liar. Tapi bau daunnya yang dihancurkan memang sedap. Menyegarkan. πŸ˜€

Nenas Kerang?

image

Oyster Plant

Selalu lihat pokok ini dijadikan sebagai tanaman hias.. Nama diberi sempena bunganya yang kelihatan macam kerang.. Di pasaran nurseri ada jenis besar dan kecil.

Selain sebagai tanaman hias, ia ditanam untuk kegunaan perubatan. Khasiatnya? Boleh google ‘Rhoeo discolor‘ , Tradescantia spathacea‘ atau ‘Oyster plant‘ dengan tambahan keyword ‘medicinal value’ atau apa sahaja yang mungkin terlintas di fikiran πŸ˜‰

Sebaiknya dapatkan nasihat dari orang yang biasa menggunakannya.

P/s : Kami tidak ada menjual pokok ini πŸ˜€ Hanya nota koleksi untuk rujukan ahli keluarga.

Perkembangan Bunga Belimbing Tanah (Tacca spp.)

Belimbing tanah juga dikenali dengan nama Janggut Adam, Keladi Murai, Bat’s Flower. Memiliki bunga yang unik seakan kelawar membuatkan ia popular dikalangan peminat tanaman hias eksotik. Sebagai tanaman herba, ia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional melayu lama. Bacaan selanjutnya boleh dilihat disini : http://serisubuh.blogspot.com/2013/07/keladi-murai-tacca-chantrieri.html

Kali ini kami berkesempatan merakamkan pengalaman kami apabila salah satu anak pokok yang kami miliki mengeluarkan bunga πŸ™‚

Alhamdulillah.

image

Perkembangan dari kudup hingga mekar

Jika ia menghasilkan buah dan kami berkelapangan untuk merakamkannya, entri ini akan disambung ke siri 2.

Bagi yang berminat mendapatkan tanaman ini, boleh hubungi kami melalui sms ke 016-9662747. Pertanyaan awal diperlukan kerana stok pokok adalah terhad.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat yang berminat πŸ™‚

Pucuk Manis dari Biji Benih.

Lihat rupa awalnya =)

Kiri: Biji benih yang baru bercambah.
Kanan: Daun awal.

 

 

 

 

 

 

 

————————————-

Pertengahan Ogos, abah cari pucuk daun manis di pasaraya untuk buat masak lemak putih. Tapi bila beli, rupanya tidak memuaskan hati. Mahu petik yang ada di rumah, hanya ada sebatang pokok, masih kecil lagi.. tidak cukup. Baru beberapa pelepah daun. 😦

Yang Nurul semai sebelum ini (seperti pic di atas), ada 6 polibag. Nurul pun tak ingat bagaimana Nurul semai. Kebetulan masa ayah lihat dalam nurseri ada 6 polibag yang Nurul semai sebelum ini… Ayah segera tanam… Sayangnya ia sudah mati kering kerana faktor cuaca pada bulan puasa. Hanya ada sebatang yang masih bertahan pada hari entri ini di sambung (oh ya… hari ini 08 Sept. 2012)..

Pada hari yang sama ayah pindah anak pokok dari polibag ke tanah, Nurul kutip buah pucuk manis yang sudah matang untuk disemai. Kebetulan ada.. Guna keratan pun boleh sebenarnya. Tapi pokok sebatang, kecil pula,.. Tidak sesuai untuk kerat.. Boleh dapat berapa pokok sahaja.. Itupun, kalau menjadi.. Tambahan lagi pada masa itu, cuaca tidak sesuai..

Kali ini, ingat betul-betul.. Sebiji buah, ada 6Β biji benih di dalamnya. Pecahkan buah… Semai bijinya yang hitam itu… Biarkan dengan tanah yang tidak bertakung air. Asal lembab.. Akhirnya.. Sekarang sudah ada banyak untuk abah pindahkan lagi… Harus tunggu musim hujan.. Jangan tanam masa musim kemarau.. Alhamdulillah…

Semaian biji pucuk manis.


——-
Peringkat dari bunga ke buah pucuk manis (Sauropus androgynous)..
image

Stage flower to fruit development