Rebusan Herba untuk Mandi.

#SalamAhad #HappySunday

Buat apa hari ni? Kalau negeri yang cuti Jumaat dan Sabtu.. Hari ni da bekerja. Bagi yang kerja sendiri.. hari-hari cuti dan kerja. Kan? 😅😂.

Kalau berkelapangan, masa hari cuti macam ni bolehlah rebus air daun herba untuk mandi segarkan badan.

Tak ada pokok keliling rumah? Jangan risau😊 Boleh dapatkan pek #rebusan #mandianherba yang sudah siap. Tak perlu pening nak petik daun apa. Boleh guna satu keluarga.

Berminat? Boleh PM🤗🤗

🌸Mandian Herba Segar SuzyHoney

Harga : RM35/unit.

Berat : 40 gram.

Sepaket boleh digunakan untuk 3 kali rebusan mandi.

Ramuan Herba ini terdiri dari 14 jenis pokok daun herba di antaranya :

🌿Daun Balik Adap
🌿Daun Meringan atau Seringan
🌿Daun Sepulih
🌿Daun Lampin Budak
🌿Daun Mengkudu kampung
🌿Daun Lengkuas
🌿Daun Serai Wangi
🌿Daun Pandan dan lain2 .

Sesuai di gunakan oleh :

Ibu dalam pantang sebagai mandi serum
✔Orang terkena angin ahmar/ stroke
✔Orang sakit lenguh badan / lesu
✔Boleh di gunakan untuk pulihkan semangat jika stress
✔Merawat urat saraf mengembalikan kesegaran badan.
Susah tidur malam
✔Merawat penyakit kulit dan gatal badan juga masalah badan berbau.

Cara penggunaan :

Di rebus sehingga menggelegak dan di campurkan dalam air mandian.
Boleh di gunakan bila bila masa mengikut kesukaan.

Cara Buat Teh Pecah Kaca.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua?

Terima kasih sudi singgah ke jurnal kami. Harap bermanfaat.

Pecah kaca (Strobilanthes crispus) turut dikenali sebagai Pecah Beling, Jin Batu, Daun Black Face Jeneral.
Merupakan antara herba yang boleh digunakan secara ringkas untuk dibuat teh dengan kaedah infusi atau sekadar tuang air panas dan biar sekejap bagai masak Maggi kegemaran anda ketika zaman belajar. Jika direneh perlahan kesannya lebih baik.

image

Rupa permukaan daun yang kasar (close up)

Pecah kaca memberikan kesan diuretik (peluruh atau penggalak kencing), menyejukkan badan, menurunkan tekanan darah, memecahkan batu karang.

Bagi yang mengalami masalah sendi atau sejuk badan, tambahkan madu bagi kesan panas.

image

Kami ada membekalkan daun pecah kaca segar juga anak pokok bagi penggunaan sendiri atau komersial. Bagi bekalan daun kering, tempahan awal perlu dibuat kerana kami tidak menyimpan stok dalam kuantiti besar. Hubungi kami melalui sms/whatsapp ke 016-9662747 untuk maklumat lanjut.

Antara herba lain yang turut kami bekalkan :
😉 Misai Kucing Putih
😉 Misai Kucing Ungu
😉 Teh Afrika (Vernonia amygdalina)
😉 Belalai Gajah / Sabah Snake Grass (Clinacanthus nutans)
😉 Nilam (Pogostemon cablin)

Posted from WordPress for Android