5 Cara Halau Siput Babi Pada Tanaman.

~ Siput babi atau nama sedapnya Garden Snail atau Escargot memang menjadi masalah kepada pekebun macam kita. Walaupun ada kata siput babi ini lambat jalan kerana sambil berjalan asyik fikir, “aku ini babi ke, siput?”. Lawak tersebut tiada kaitan dengan kebun kita apabila pokok kesayangan hanya tinggal tunggul.

~ Tabiat siput babi ini adalah ia jenis haiwan nokturnal. Apakah itu nokturnal? Pernah dengar pasal kehidupan burung hantu? Bilakah burung hantu aktif? Begitu jugalah si siput babi ini. Mereka aktif di waktu malam.

~ Sebab itulah apabila kita menanam benih yang baru bercambah, pada hari itu kita tak nampak apa-apa pelik. Anak pokok penuh dengan daun. Hanya pada pagi esok sahaja yang kita nampak hanya batang pokok. Fuh, memang sedih, bukan?

~ Di sini saya kongsikan bagaimana kita si pekebun bandar mampu mengelak serangan siput babi. Pilih salah satu atau boleh buat semuanya sekali.

1. Buang Telur Siput Babi

○● Kaedah ini adalah yang paling mudah. Kita selalu belek di kebun, kan? Jadi kalau ada nampak telur siput babi itu, bolehlah kutip dan buang. Kata mudahnya terus pecahkan sahaja. Kalau nampak siput babi dewasa atau kecil pun boleh terus kutip dan buang. Saya selalu tabur sahaja sedikit garam pada atas kulitnya.

2. Lilit dengan Kepingan Tembaga/ Aluminium.

○● Secara alaminya, siput babi tidak gemar dengan tembaga. Apabila badannya yang lembut itu terkena tembaga seakan ada kejutan arus elektrik. Kalau tiada tembaga, aluminium pun jadi. Potong dan letak di keliling pangkal pokok.

3. Serbuk Kopi.

●○ Selepas minum kopi, jangan kita buang hampasnya. Letak keliling pokok. Selain itu hampas serbuk kopi kaya dengan nitrogen. Kira hal ini sambil menyelam minum air. Dapat elak siput babi dan juga dapat baja kepada pokok secara percuma. Kalau kita jenis tidak minum kopi, seperti saya, boleh pergi ke mana-mana restoran. Minta hampas kopi daripada chef restoran. Biasanya restoran mamak. Kalau tempat anda ada Starbucks, boleh ambil percuma.

4. Garam Epsom.

●○ Garam epsom biasanya digunakan untuk kesihatan. Namun tahukah anda garam ini juga banyak digunakan di kebun? Daripada kita tabur garam biasa, lebih baik kita tabur garam epsom. Garam epsom ini kaya dengan magnesium (Mg) yang bagus untuk perkembangan pokok.

5. Cengkerang Telur Ayam.

●○ Cengkerang telur ayam kaya dengan unsur kalsium. Selepas kita goreng telur, jangan buang kulit telur ayam ini. Kita biarkan kering. Sama ada jemur atau masuk ke dalam ketuhar (suhu 40 C selama 10 minit). Kemudian kita ramas sehingga halus. Tabur hasil ramasan tersebut sekeliling pangkal pokok. Kesan tajam pada hujung sisa kulit telur itu tidak digemari oleh siput babi.

Itulah lima cara mudah yang boleh kita amalkan bagi menghalau dan membunuh siput babi di kebun. Jika anda ada cara lain, jangan segan untuk komen.

Credit info : http://www.kebunbandar.com

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Caterpillar on Moringa Tree

Ahaha.. Hi! 🙂 asyik cerita pokok sahaja.. Kali ini kami mahu berkongsi gambar makhluk yang kami jumpa sepanjang menguruskan tanaman. Tak semuanya sempat kami update.. huhu.. tapi yang ini kami teruja untuk kongsi sebab jarang jumpa dan patternnya seperti ular sawa. Hihi. Kebelakangan ini pun di tempat kami beberapa ekor ayam dan itik menjadi korban ular sawa yang masih belum dapat ditangkap.. 😷😷

We found this mr caterpillar on our moringa plant.

image

image

image

We didnt kill this poor guy. Just take him far away from our nursery.. to bigger plant which not for sale. Hope he survive because one of our friend said that was spesific species… Aamiin.

For original picture, do contact us directly by leave a comment or contact form on email page. See you then 🙂

Posted from WordPress for Android