Bunga Kegemaran Kelulut

image

Assalamualaikum dan salam sejahtera πŸ˜‰

Lama tak sempat update. Kali ini kami nak cerita tentang bunga-bunga yang menjadi pilihan kelulut di area rumah kami.

Salah satu kegemaran mereka yang dikunjungi tidak kira pagi atau tengah hari dan petang.. Bidens pilosa (rujuk gambar).

Tanaman dari keluarga Ocimum seperti Selasih, Kemangi Hitam / Holy Basil, Kemangi Putih dan Kemangi Hijau juga menjadi pilihan mereka di nurseri..

selasih

Bunga ros pengantin yang bergugusan tidak menarik perhatian mereka. Tetapi ros jenis seperti dalam gambar dibawah menjadi pilihan sang kelulut. Mungkin kerana bau seperti sirap dan kelopaknya juga manis. Ros Cecile Brunner hanya berbau harum. Kelopaknya pahit.

ros-chinese-baby

Jenis ros yang menjadi pilihan kelulut di rumah kami.

Rumpai seperti Sida spp..

sida-acuta

Bunga dari pohon buah-buahan seperti durian, mangga, rambutan, belimbing buluh, belimbing besi sudah semestinya. Bunga dari keluarga cosmos seperti ulam raja pink, ulam raja bunga kuning..bunga air mata pengantin pink… Lagi…??

Bunga dari Turnera spp. atau lebih dikenali sebagai pokok lidah kucing/ kembang pukul lapan.. Cuma bunga turnera kembang jam 8-10 pagi sahaja sekalipun ia berbunga sepanjang tahun dan mudah dijaga.

Banyak lagi jenis bunga yang boleh menjadi santapan kelulut.

Posted from WordPress for Android

Advertisements

Biji Benih : Urang Aring

Herba jenis menutup bumi ini juga dikenali sebagai Kermak Jantan, False Daisy, Swamp Daisy,Β Bhringraj (perubatan Ayurveda, India), atauΒ Han Lian Cao dikalangan masyarakat Cina.

urang aringKami tidak selalu menyimpan stock anak pokok urang aringΒ di dalam polibag dan menyediakannya berdasarkan permintaan sahaja. Bagaimana nak dapatkan benih Urang aring (Eclipta prostrata) ini? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit sebelum menuai hasilnya sendiri. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen.:)

Pre order untuk kami semaikan pun boleh.. mengambil masa 2-4 minggu selepas deposit tempahan dibuat. πŸ˜‰

Urang aring hidup dengan baik dikawasan yang tidak bersaliran baik. Menerima air yang mencukupi. Sedikit teduhan untuk daun yang lebih gelap dan besar.

Tanaman ini dikeringkan bagi kegunaan perubatan. Berfungsi sebagai tonik hati dan membantu menghitamkan dan menyuburkan pertumbuhan rambut.

Cara semai urang aring?

Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,Β  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.

Biji Benih: Hempedu Bumi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. πŸ™‚

Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam rasa tenang walau dalam apa jua situasi. Terima kasih bagi yang selalu menjenguk perkembangan jurnal. 😊

Untuk entri kali ini, Nurul mahu kongsi dan jawab pertanyaan dari pelanggan. Ada beberapa orang yang bertanya.. Kerana kami tidak selalu mempunyai stock anak pokok hempedu bumi di dalam polibag… Bagaimana nak dapatkan benih Hempedu Bumi atau nama inggerisnya King of Bitter (Andrographis paniculata)? Biji benih pun boleh. Lebih jimat. Cuma kena tunggu sikit. Harga hanya RM 3/ pek. Beli banyak, harga boleh runding. Tapi stok bergantung pada keadaan. Perlu sms/whatsapp dahulu ke 016-9662747. Boleh juga tinggalkan nota beserta cara nak hubungi anda dekat ruang komen. πŸ™‚

image

Sekiranya di rumah sudah ada pokok hempedu bumi. Tinggalkan sepokok jangan dituai pucuknya. Nanti barulah boleh berbunga. Biji benih diperoleh dari buah matang yang sudah bertukar warna dari hijau ke coklat di situ sebelum ia meletup sendiri. Daunnya akan mengecil sekiranya dibiarkan untuk berbunga.

Hempedu bumi mendapat namanya dari daun dan keseluruhan pokok yang pahit bak hempedu.. hempedu tu pahit ea? Hihi.. Ia hidup dengan baik di tanah berpasir yang bersaliran baik.Β  Dengan sedikit teduhan, daun lebih hijau, besar.

Rupa biji benih hempedu bumi? Macam dalam gambar..

hbumi biji

Senang sahajakan? πŸ™‚

Nak semai pun mudah. Tabur dan litup dengan tanah sedikit. Jaga kelembapan. Biji benih yang bernas dan dengan cara semaian yang betul,Β  ia akan bercambah dalam tempoh kurang seminggu. Selamat mencuba. ^_^y

Berjumpa lagi di lain masa. Insya-Allah. Wassalam.

Posted from WordPress for Android